Jentera Serangan Tak Cukup Ampuh, Negeri Sembilan ‘Salin’ Pemain Import

Saat jendela perpindahan kedua dibuka pada 28 Mei lalu yang membabitkan kelab dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), nyata ada beberapa pasukan sudah giat menandatangani pemain baharu untuk memperbaiki prestasi mereka sebelum persaingan kembali bersambung.

Negeri Sembilan antara pasukan yang agak menyerlah ketika ini apabila kelab tersebut sudah pun mengikat dua pemain import baharu untuk terus mencabar persaingan Liga Super musim ini.

Dua tonggak import yang diikat tersebut beraksi di posisi tengah dan serangan setelah kejurulatihan Negeri Sembilan menyedari mereka agak tumpul sebelum itu dalam beberapa perlawanan liga.

Pemain tersebut ialah Gustavo Almeida yang berasal dari Brazil dan bakal berpasangan bersama Mathieus Alves di posisi serangan pasukan.

Sebelum itu, Gustavo pernah mencipta sensasi  dalam saingan Liga-M bersama UiTM FC apabila penyerang berusia 26 tahun itu mempamerkan aksi mantap bersama kelab tersebut untuk menjadi salah satu tonggak utama dalam menghasilkan jaringan pada musim 2020.

Kelab terakhir diwakili Gustavo sebelum kembali ke Malaysia tahun ini ialah Kagoshima United FC yang beraksi dalam saingan J3 di Jepun.

Kehadiran Gustavo juga bertujuan untuk menggantikan khidmat bekas penyerang Negeri Sembilan iaitu Adetu Kossi apabila pemain kelahiran Togo ini gagal memberi impak terbaik bersama pasukan di posisi serangan.

Seorang lagi tonggak import baharu Negeri Sembilan yang beraksi di posisi tengah merupakan pemain kebangsaan Palestin iaitu Yashir Islame Pinto.

Pemain tersebut juga sebelum itu mempunyai pengalaman beraksi di Malaysia dengan mewakili beberapa kelab seperti Perak dan Melaka United.

Kali terakhir Islame beraksi dalam saingan Liga-M ketika beliau mewakili PKNP pada tahun 2020 dengan menghasilkan tiga gol secara keseluruhan.

Islame mempunyai kelebihan untuk beraksi di bahagian tengah, sayap kanan, dan juga selaku pemain tengah menyerang yang bakal memberi ruang buat K. Devan untuk menyesuaikan beliau mengikut taktikal pasukan.

Kedua pemain tersebut sudah pun diuji semalam menerusi satu perlawanan persahabatan menentang PDRM dan Negeri Sembilan tewas dengan keputusan 0-2 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN