Pemain tengah berpengalaman Filipina iaitu Stephan Schrock mengumumkan beliau bakal bersara dalam dunia bola sepak profesional, selepas aksi menentang Indonesia.
Pengesahan itu dipastikan sendiri menerusi laman Asean Football di media sosial yang menyatakan Schrock bakal bersara selepas aksi bertemu Indonesia di Rizal Memorial Stadium.
🇵🇭 Philippine's captain, Stephan Schrock (1986) has announced his retirement from international football today .
The match against Indonesia at AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 will be his final match wearing the national colors. #PFF pic.twitter.com/cTgXIMuzAN
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 1, 2023
Filipina yang bakal meneruskan perlawanan mereka seterusnya dalam saingan Piala AFF 2022 itu di laman sendiri, ketika ini sudah pasti tidak akan layak ke pusingan separuh akhir.
Schrock boleh dianggap sebagai salah seorang pemain paling konsisten serta berpengaruh bersama Filipina, selepas mencipta penampilan sulung bersama skuad kebangsaan pada pertengahan 2011 lalu.
Bersama skuad kebangsaan, Schrock telah pun beraksi sebanyak 56 perlawanan dalam pelbagai kejohanan yang disertai oleh Filipina serta menjadi tunjang utama di bahagian tengah.
Dalam saingan Piala AFF kali ini, Schrock menjadi antara pemain paling senior yang dipanggil dan membimbing barisan pemain muda Filipina di atas padang.
Tonggak berusia 36 tahun itu juga telah meledak enam gol secara keseluruhan bersama sembilan bantuan jaringan daripada 56 penampilan bersama Filipina.
JUST IN | Philippine Azkals team captain Stephan Schrock announced that tomorrow's game vs. Indonesia will be his final match wearing the national colors.
Schrockey made the announcement in today's ongoing AFF Mitsubishi Electric Cup pre-match presser. @RPDos918 pic.twitter.com/bpyVSZlSKF
— Aaron Bayato (@ajbayato) January 1, 2023
Kelebihan Schrock dari segi kualiti fizikal, ketepatan membuat hantaran, serta bijak mengawal tempo permainan menyaksikan beliau aset utama buat pasukan negara.
Pada awal karier, Schrock memulakan aksi beliau di Jerman bersama SpVgg Greuther Fürth selama beberapa musim sebelum menyertai 1899 Hoffenheim serta Eintracht Frankfurt pada tahun berikutnya.
Bintang kelahiran Jerman itu memulakan karier beliau di Filipina pada tahun 2016 bersama United City secara pinjaman sebelum kekal sehingga awal musim ini.
Ketika ini, Schrock telah pun diserapkan dalam skuad pembangunan bola sepak Filipina yang diberi nama Azkals Development Team (ADT), dan bertindak selaku pemain yang turut membimbing barisan muda mereka.
Nama Schrock juga bukan sesuatu yang asing buat para penyokong bola sepak di Malaysia, selepas beberapa musim lalu nama beliau telah dikaitkan dengan beberapa kelab tempatan selaku import.
Stephan Schrock wasn’t pleased with the Azkals performance despite tonight’s 3-0 win over Guam pic.twitter.com/MFpDjUC8Ue
— Jonas Terrado (@jonasterradoINQ) June 11, 2021
Namun, sehingga kini peluang untuk menyaksikan Schrock beraksi dalam Malaysia tidak kesampaian dan beliau kekal berbakti di Filipina sehingga persaraanya.