Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tiba dengan satu lagi inovasi baharu dalam bola sepak negara apabila memperkenalkan “digital collectables” khusus untuk penyokong-penyokong setia skuad Harimau Selatan.
Menurut satu kenyataan dari juara tujuh kali Liga Super Malaysia itu, inovasi tersebut adalah salah satu usaha kelab tersebut membina hubungan dengan penyokong mereka.
Ini bermakna selain daripada memberikan sokongan kepada pasukan di dalam padang, penyokong JDT kini boleh melakukan pengumpulan barangan dalam bentuk Non-Fungible Tokens (NFT) yang membolehkan penyokong membuktikan milikan ke atas aset digital menggunakan teknologi ‘blockchain’.
The collections will be in the form of Non-Fungible Tokens (NFTs) which allows fans to prove ownership of their digital asset using blockchain technology.
[2/5]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 22, 2021
“‘JDT Digital Collections’ akan membenarkan penyokong untuk mengumpul karya seni yang diinspirasikan oleh kelab, dengan setiap token bakal membuka pelbagai cara untuk menghubungkan penyokong dengan kelab terkemuka Asia Tenggara ini,” ujar kenyataan tersebut.
Turut menanti penyokong JDT selain mengumpul NFT JDT, penyokong juga berpeluang untuk menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti di ‘corporate box’, bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT.
The NFT revolution is upon us – after the success of the NBA Top Shot platform – check out @SorareHQ, where you can buy & trade digital collectables of your favourite footballers including Kylian Mbappé!
Sign up here to try the platform out -> https://t.co/RtXv6KTtEi pic.twitter.com/72S9H5ZeSe
— Get French Football News (@GFFN) March 2, 2021
Inovasi pemilikan ‘digital collectacbles’ adalah terknologi terbaru direka khas untuk peminat sukan di negara ini. Ini bermakna JDT kini menjadi pelopor pertama di dalam industri bola sepak di Malaysia dan sukan tanah air memperkenalkan teknologi ini kepada penyokong mereka.
Di luar negara, khususnya di Amerika Syarikat, sukan-sukan terkenal di negara tersebut seperti National Football League (NFL), atau The National Basketball Association (NBA) sudah lama menggunakan teknologi yang sama untuk penyokong dan peminat mereka di serata dunia.
Baca artikel menarik lain daripada kami:
Syamer Kutty Abba, Pemain Paling Menyerlah Disebalik Kecewanya JDT
Benjamin Mora: Kami Di Sini Kerana Kami Juara Liga Di Malaysia!
Pengadil JDT-Pohang Amat Dikenali Dan Dibenci Penyokong Indonesia