JDT Terajui Liga Super Selepas Benam Kelantan 2-3 Di Kota Bharu

JDT terajui Liga Super 2017 selepas 9 perlawanan. Semalam berlangsung 1 perlawanan Liga Super, melibatkan Kelantan dan JDT.

Perlawanan tersebut adalah yang ditunda selepas Kelantan memberikan sokongan kepada persediaan JDT untuk play-off ACL 2017.

Marcos Antonio sekali lagi diberikan lilitan kapten oleh Benjamin Mora dalam perlawanan ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu ini, Ghaddar meletakkan tuan rumah 2 gol di hadapan. Ianya selepas penyerang sensai Lubnan ini menjaringkan gol pada minit ke-5 dan ke-15.

Namun begitu, Safiq Rahim merapatkan kedudukan pada minit ke-19 menerusi sepakan percuma.

10 minit kemudian, JDT dihadiahkan sepakan penalti. Ianya selepas Danso menarik Cabrerra di dalam kotak penalti.

Penalti tersebut disempurnakan oleh Garbriel Guerra. JDT di hadapan pada minit ke-30 menerusi Gonzalo Cabrerra.

Pada separuh masa kedua, tiada tambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-75, Mohd Qayyum dilayangkan kad merah kerana menarik baju Gabriel Guerra.

Foto: JST

Kemenangan ini membolehkan JDT memintas pasukan Pahang di tangga teratas liga. Ianya selepas sebelum ini Kedah gagal menang di tempat sendiri.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut untuk Kelantan selepas menang 2 perlawanan berturut-turut sebelum itu.

Kelantan kekal di tangga ke-6 dalam Liga Super. Agak merisaukan untuk Kelantan yang sudah dibolosi 16 kali daripada 9 perlawanan setakat ini.

Kelantan hanya menang 1 daripada 5 perlawanan Liga Super 2017 di Kota Bharu. 4 lagi berakhir dengan kekalahan.

Manakala untuk JDT, mereka bangkit daripada kekalahan di tangan Pahang dan Global dengan menang ke atas Melaka dan Kelantan.

10 gol dihasilkan JDT dalam 2 kemenangan terakhir mereka. Dalam Liga Super pula, JDT sudah menang 4 perlawanan berturut-turut.

Prestasi ini yang membolehkan mereka berada di puncak liga selepas 9 perlawanan. JDT mengumpul 20 mata, 1 mata di atas Pahang dan Kedah yang berkongsi mata di tangga ke-2 dan ke-3.

Apa seterusnya?

JDT akan menanti kunjungan PKNS di Larkin. Manakala pasukan Kelantan akan berkunjung ke tempat lawan untuk berhadapan dengan skuad kendalian Zainal Abidin, Pulau Pinang.

Baca juga: Hairuddin Omar Terima Anugerah Usahawan Bestari Gemilang ECER 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN