JDT Tamatkan Tempoh Pinjaman Syafiq Ahmad Bersama Kedah Darul Aman FC

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan tempoh pinjaman Syafiq Ahmad bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) lebih awal.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan yang dikongsi melalui media sosial rasmi kelab sebentar tadi.

Pemain penyerang itu sebelum ini menyertai KDA FC pada awal musim ini dengan kontrak pinjaman selama setahun.

Pengumuman terkini oleh JDT ini bermakna Syafiq akan kembali bersama JDT selepas melakukan penampilan dalam semua sembilan perlawanan membabitkan KDA FC di Liga Super Malaysia (MSL) pada musim ini.

Menurut kenyataan daripada JDT, Syafiq akan segera menyertai skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora selepas tamat kalendar antarabangsa FIFA pada Jun ini.

Ini bermakna penyerang berusia 26 tahun itu perlu melapor diri untuk bersama JDT selepas pusingan kelayakan Piala Asia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 8-14 Jun akan datang.

Syafiq adalah antara pemain muda berusia 18 tahun yang mula mencipta nama bersama skuad utama Kedah pada 2013.

Pemain itu kemudiannya mendapat tawaran untuk bersama skuad JDT, dan merupakan antara tonggak utama skuad Harimau Malaya.

Selepas 4 tahun bersama JDT FC, musim 2022 Syafiq dipinjamkan kepada KDA FC dan kepulangan beliau bukan hanya memberi suntikan positif di bahagian serangan malah turut mendapat sambutan hebat oleh semua penyokong Hijau Kuning.

Bersama pasukan utara tanah air itu, Syafiq telah menjaringkan dua gol di saingan MSL pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN