JDT Tak Perlukan Sumareh, Safawi Rasid Sudah Cukup Bagus

Mohamadou Sumareh Safawi rasid Malaysia indonesia JDT

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh menegaskan yang Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak memerlukan khidmat pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh.

Ini kerana, baginya, JDT akan membuat langkah ke belakang jika mengambil Sumareh menyertai kem mereka sedangkan mereka telahpun memiliki Safawi Rasid dan juga pemain muda, Akhyar Rashid yang merupakan pemain yang setaraf dengannya.

Beberapa hari lalu, pemain naturalisasi pertama negara itu hangat dikaitkan dengan perpindahan ke JDT selepas dilihat bertukar-tukar komentar bersama pemilik kelab, Tengku Mahkota Johor (TMJ) menerusi salah satu posting di laman Instagramnya.

Ia bukan langkah ke depan

Namun, adakah berbaloi untuk Sumareh melangkah ke Harimau Selatan sedangkan di sana terdapat Safawi Rasid yang juga merupakan pemain sayap kanan sepertinya? Ini yang telah ditimbulkan oleh Serbegeth atau lebih mesra dipanggil Shebby.

“Benda ini memang menjadi kebiasaan setiap pasukan mencari pemain tempatan terbaik dan kalau dari aspek perpindahan, tidak menghairankan sebab kita lihat Matthew Davies pun sudah beraksi dengan JDT,” ujar Shebby mengenainya.

Rakan baik Sumareh, Matt Davies juga telah menyertai JDT. FOTO: JST

“Setiap pemain tempatan juga bercita-cita menyertai pasukan terbaik,” tambahnya lagi yang dipetik berkata kepada Berita Harian sambil menjelaskan dari segi teknikal, pemain kelahiran Gambia itu tidak membawa sesuatu yang istimewa buat pasukan.

“Namun, dari aspek teknikal, adakah Sumareh akan membawa sesuatu yang istimewa kepada JDT? Tidak. Pada pendapat saya, tahap dia lebih kurang pemain tempatan sahaja, bagi JDT ia bukan langkah ke depan,” tegas Shebby sekali lagi.

Kedua-duanya pemain sayap kanan

“Jadi, tiada yang istimewa JDT akan dapat sekiranya ambil dia,” jelasnya lagi mengenai kemungkinan tersebut yang mungkin juga ada asas kebenarannya jika difikirkan.

Kita juga dapat melihat di dalam skuad kebangsaan, kedua-duanya merupakan pemain sayap kanan yang merupakan pesaing yang hampir setaraf. Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe perlu korbankan salah seorang untuk satu-satu aksi.

Jika kedua-duanya dimainkan, Tan Cheng Hoe perlu memilih untuk korbankan salah seorang untuk beraksi di posisi kiri sama ada Sumareh ataupun Safawi Rasid. Jadi, berbaloikah untuk Harimau Selatan membawa seorang lagi pemain sayap kanan?

Mungkin untuk memberikan cabaran kepada Safawi Rasid adalah alasan yang baik, tetapi rasanya Pemain Paling Bernilai (MVP) di Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 itu tidak memerlukan cabaran daripada pemain seperti Sumareh.

Kiri bukanlah posisi dominan

Sumareh dilihat memang sukar digugat untuk posisi sayap menyerang kanan Harimau Malaya. Ia seakan-akan sudah menjadi milik kekalnya sejak penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan pada 12 Oktober 2018 ketika menentang Sri Lanka.

Prestasi cemerlang Safawi Rasid bersama JDT juga adalah melalui koridor kanan dan ini yang menyebabkan Tan Cheng Hoe memilih untuk meletakkan pemain berusia 23 tahun itu untuk menggerakkan sayap kiri yang tampak amat janggal buatnya.

Prestasi hambarnya di Piala AFF Suzuki 2018 apabila hanya meledak satu gol juga telah menimbulkan persoalan, adakah perubahan posisinya yang berbeza dengan yang dimainkannya di JDT telah merencatkan prestasinya di kejohanan tersebut?

Safawi Rasid lebih selesa untuk bergerak di sayap kanan dan menggunakan kekuatan kaki kirinya untuk merembat bola daripada sudut tersebut. Oleh itu, adakah berbaloi untuk mendapatkan Sumareh sepertimana JDT membawa masuk Matthew Davies?

Cari yang bertaraf import

“Kalau JDT ingin beraksi atau mempersembahkan tahap bola sepak lebih tinggi, mereka harus mencari pemain yang lebih baik dari yang baik. Macam Diogo, Cabrera, itu tahap tinggi. Kita lihat Safawi Rasid sudah meningkatkan tahap persembahannya.

“Kalau dia dapat tawaran dari JDT, pergilah. Tapi untuk JDT, sekiranya mereka inginkan seorang pemain yang beraksi di tahap tertinggi, Sumareh bukan (pemain) yang memiliki kriteria itu dan Safawi lebih baik daripada dia,” jelasnya lagi.

Selain itu, Shebby turut berkata yang JDT harus mencari pemain yang bertaraf import dan bukanlah membawa masuk pemain yang hanya setaraf dengan pemain tempatan yang sebenarnya telahpun dimiliki oleh mereka di posisi tersebut.

“Apa beza Akhyar (Rashid) dengan Sumareh? Tiada perbezaan. Jadi JDT kalau nak maju kena cari pemain yang bertahap pemain import,” tambah Shebby lagi.

Jadi, adakah Sumareh akan tetap dibawa masuk oleh TMJ pada musim hadapan? Jika ianya terjadi, siapa pula akan dikorbankan? Bagaimana pula pendapat penyokong JDT?

KREDIT FEATURED IMAGE: Afiq Ismail / Asiana.my

Baca lagi artikel mengenai Mohamadou Sumareh:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN