JDT Bangkit Tewaskan Perak, Kejuaraan Liga Super Semakin Hampir!

JDT hanya tewas sekali sepanjang saingan Liga Super 2017. Satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan JDT ialah Perak dengan jaringan 2-1 di Ipoh pada Februari lalu.

Malam ini kedua-duanya bertemu kembali. Sudah pasti landskap pertemuannya berbeza. Perak dibimbing oleh mendiang Karl Heeinz-Weigang pada Februari lalu, kini telah diambil alih oleh Mehmet Durokovic.

JDT turut tampil dengan Ulisses Morais mengantikan Benjamin Mora. JDT seperti kebiasaan, tampil dengan formasi 4-3-3 yang telah memberikan hasil terbaik sejak Morais mengambil alih.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

Mehmet Durokovic tetap memberikan kepercayaan kepada kapten pasukan, Shahrom Kalam walaupun beberapa kesilapan dalam dua perlawanan lalu menimbulkan tanda tanya di kalangan penonton.

Perak pasti mengulangi kemenangan lalu. JDT pasti ingin meneruskan misi ke arah gelaran juara Liga Super 2017.

Pengadil perlawanan pada malam ini, Suhaizi Syukri diamanahkan sebagai pengadil perlawanan pada malam ini.

Separuh Masa Pertama

JDT pantas menguasai serangan dalam perlawanan ini apabila memperolehi sepakan percuma di luar kotak penalti Perak selepas Gabriel Guera dijatuhkan pertahanan lawan seawal minit ke-3.

Bagaimanapun gerakan set pieces yang dimulakan oleh Safiq Rahim selepas itu gagal dimanfaatkan oleh rangkaian penyerang JDT sebelum bola dikeluarkan.

Pada minit ke-9, Natxo Insa mempunyai peluang terbuka untuk membuat percubaan dari luar kotak penalti, namun rembatannya tinggi melewati palang.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

Seminit kemudian percubaan Gabriel Guerra, leret sipi di sebelah kiri gawang Perak.

Minit ke-16, Yashir Pinto menjadi pemain pertama yang mendapat layangan kad kuning daripada pengadil perlawanan selepas terjahan lambat terhadap Safiq Rahim.

Larian menarik S.Kunalan pada minit ke-18 perlawanan menyaksikan hantarannya menemui Safiq Rahim. Bagaimanapun percubaan kapten JDT itu tepat menuju Muhammad Hafizul Hakim di gawang gol.

Sekali sekala Perak cuba mengatur gerakan terutama melalui pemain import dari palestin, Yashir Pinto, namun pertahanan JDT tampak lebih bersedia untuk memintas segala hantaran oleh pemain itu.

Minit ke-24 menyaksikan Thiago terpaksa membuat clearance selepas bola muntah dari dakapan Hafizul Hakim selepas gagal menangkap kemas percubaan Gonzalo Cabrera.

Shahrom Kalam menjadi pemain kedua pasukan Perak yang menerima layangan kad kuning selepas kekasaran terhadap Gabriel Guerra pada minit ke-37.

Minit ke-44 perlawanan menyaksikan Perak memperolehi sepakan percuma di luar kotak penalti JDT.

Peluang itu tidak disia-siakan apabila lencongan sepakan percuma Hafiz Kamal menuju penjuru gawang JDT menewaskan Mohd Izham Tarmizi.

Pengadil perlawanan menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan JDT 0-1 Perak.

Separuh Masa Kedua

JDT melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Afiq Fazail dan memasukkan Hazwan Bakri sebelum bermulanya separuh masa kedua dalam usaha Morais mencari formula terbaik memecah benteng pasukan Perak.

JDT tidak membuang masa apabila Fadhli Shas menolak mudah bola untuk gol penyamaan selepas kesilapan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim yang gagal menolak bola dengan kemas.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

Minit ke-48 perlawanan, kedudukan semasa di Larkin, JDT 1-1 Per
[Photo]
ak, dan anak buah Ulisses Morais terus menguasai perlawanan selepas itu.

Terjahan liar Hafiz Kamal terhadap Gabriel Guerra menyebabkan pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk melayangkan kad kuning ketiga perlawanan buat pemain itu.

Tempo perlawanan menjadi semakin pantas daripada kedua-dua pasukan.

Minit ke-60 perlawanan, Stadium Tan Sri Hassan Yunos sekali lagi lagi gamat apabila Mohamad Ghaddar meletakkan pasukan JDT di hadapan selepas menolak mudah bola yang gagal dtampan kemas penjaga gol Perak.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

Gol tersebut turut dipersoalkan oleh pemain-pemain Perak kerana Ghaddar kelihatan seperti berada di dalam keadaan offsaid ketika menjaringkan gol tersebut.

Bagaimanapun pengadil mengekalkan kedudukan JDT 2-1 Perak.

Hazwan Bakri menjadi pemain pertama JDT menerima kad kuning dalam perlawanan ini selepas mengasari Nazrul Naim pada minit ke-65 perlawanan.

Minit ke-74 perlawanan menyaksikan JDT melakukan pertukaran, mengeluarkan Mohamad Ghaddar dan memasukkan Amirulhadi Zainal.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

Pada minit ke-80 perlawanan Aidil Zaquan Abd Razak dimasukkan oleh Morais untuk menggantikan Marcos Antonio.

Perak turut melakukan pertukaran apabila membuat 3 pertukaran serentak, memasukkan Kenny Pallraj, Zaquan Adha dan Abdul Hadi Yahya untuk Nasir Basharudin, Yashir Pinto dan juga Hafiz Kamal.

4 minit masa kecederaan diberikan pengadil tidak mengubah kedudukan semasa. Pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat, JDT menewaskan Perak dengan jaringan 2-1.

Rumusan

Tamat perlawanan, bermakna tinggal baki 4 perlawanan untuk menamatkan musim Liga Super 2017. JDT hanya memerlukan 1 mata untuk dinobatkan sebagai juara buat kali keempat berturut-turut.

Berdasarkan prestasi terkini, sukar untuk menafikan JDT bakal muncul juara Liga Super 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN