FELDA United Leburkan Rekod Cemerlang Selangor Selepas Aidilfitri, Menang 3-1 Di Jengka

Perlawanan FELDA United vs Selangor di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka ini menjadi tumpuan selepas kedua-dua pasukan yang begitu berprestasi baik selepas cuti Aidilfitri.

Minit awal permainan menyaksikan Syahmi Safari cuba melakukan percubaan berani dari bahagian tepi namun ia tidak menepati sasaran.

Kesilapanan pertahanan Selangor hampir saja dihukum oleh FELDA United namun mujur Adam Nor Azlin berjaya mengeluarkan bola dari zon bahaya.

Percubaan dari luar kotak penalti Norshahrul Idlan Talaha berpotensi menghadirkan bahaya buat Selangor namun ia melayang dari sasaran.

Percubaan Thiago Augusto berjaya mengelirukan Ugo Ukah tetapi rembatan beliau mudah didakap Khairul Azhan.

HAMPIR! Percubaan Ifedayo Patrick dari situasi sepakan penjuru tersasar dari sasaran.

Rembatan Zah Rahan dari luar kotak penalti berjaya menghasilkan kelajuan yang cukup baik namun rembatannya melewati palang gol.

Selepas 30 minit, perlawanan tidaklah begitu laju dari segi serangan. Serangan itu ada, tetapi tidaklah kedua-dua pasukan berbalas serangan. FLEDA United lebih menguasai permainan.

Sepakan percuma dari luar kotak penalti Forkey Doe melambung tinggi. Itulah peluang terbaik Selangor sepanjang separuh masa pertama ini!

HAMPIR! Augusto hampir saja menjaring gol dari jarak dekat namun percubaannya dihalang Azhan. Beliau juga terperangkap ofsaid.

HAMPIR! Doe hampir berjaya menjaringkan gol menerusi satu lambungan dari luar kotak penalti, namun Farizal Harun dengan cemerlang mengeluarkan bola dari zon bahaya.

HAMPIR LAGI! Ugo Ukah hampir menanduk masuk gol untuk pasukan Selangor selepas menerima hantaran Syahmi tetapi beliau tidak mampu untuk merendahkan tandukkannya.

GOL! Augusto menjaringkan gol untuk FELDA United pada minit ke-40 menerusi tandukan tipis ketika situasi sepakan penjuru!

Gambar: Zam Zainal/Asiana

GOL! Ifedayo meletakkan FELDA United 2-0 di depan selepas percubaan Norshahrul ditepis oleh Azhan dan muntah ke kaki Ifedayo. 2-0!

GOL! Forkey Doe merapatkan jurang selepas merembat padu bola hantaran Amri Yahyah menerusi sepakan percuma.

Separuh masa kedua

20 minit pertama separuh masa kedua menyaksikan Selangor rancak menyerang untuk mendapatkan gol untuk kembali dalam perlawanan ini.

Akan tetapi, jaringan itu tidak hadir buat mereka.

Sebaliknya Shukor Adan menjaringkan gol ke-3 pasukan tuan rumah menerusi tandukan selepas menerima hantaran Ifedayo Patrick menerusi sepakan percuma.

Selepas gol itu, FELDA United kembali menguasai perlawanan namun mereka gagal menambah lagi jaringan.

Secara keseluruhannya, persembahan cemerlang FELDA United di separuh masa pertama memberikan 3 mata buat FELDA United.

Selangor harus salahkan diri mereka sendiri selepas kelonggaran bahagian tengah yang sering hilang bola menyebabkan mereka sering mendedahkan diri mereka untuk diserang oleh FELDA United.

Keputusan penuh, FELDA United 3-1 Selangor.

Kesebelasan utama

FELDA United: Farizal Harun (penjaga gol), Shukor Adan (kapten), Wan Amirul Afiq, Dino Djulbic, Safwan Hashim, Alif Yusof, Curran Ferns, Ifedayo Patrick, Zah Rahan, Thiago Augusto, Norshahrul Idlan Talaha,

Selangor: Khairul Azhan (penjaga gol), Razman Roslan, Ugo Ukah, Adam Nor Azlin, Syahmi Safari, Halim Zainal, S. Veenod, Saiful Ridzwan Selamat, K. Kannan, Forkey Doe, Amri Yahyah

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Zulkarnain Zakaria
  • Penolong pengadil 1: Khalid Aris
  • Penolong pengadil 2: Faizal Mamat
  • Pengadil ke-4: Almi Abdullah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN