7 Perkara Untuk Perlawanan JDT Menentang Pahang, Statistik, Rekod Dan Perseteruan!

Malam ini berlangsung perlawanan JDT menentang Pahang. Ia adalah perlawanan tumpuan semua peminat bola sepak.

1. Hidupkan perseteruan

Musim lalu Pahang terlalu sukar untuk bersaing dengan JDT. Mereka memiliki pasukan yang serba serbi kurang dari segi kualiti.

Pada masa yang sama, ramai yang setuju pasukan JDT pada musim lalu, adalah yang terbaik di dalam sejarah mereka.

Malam ini adalah adalah kisah yang berbeza. Kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang tersendiri.

Ia seakan-akan menghidupkan kembali perseteruan di antara kedua-dua pasukan di dalam padang seperti yang berlaku sebelum ini.

2. Prestasi semasa

Pahang sedang memimpin carta liga. JDT pula berada di tangga ke-4.

Pahang / foto oleh: asiana.my

Kedua-dua pasukan telah menang 3 perlawanan Liga Super terakhir mereka.

Pahang menjaringkan 13 gol dan dibolosi 2 kali dalam 3 perlawanan liga terakhir mereka.

JDT pula menjaringkan 8 gol dan tidak dibolosi lagi dalam 3 perlawanan terakhir liga mereka.

3. Pertarungan di tengah

Sesuatu yang menarik untuk disaksikan. Siapakah yang akan menguasai bahagian tengah?

Pahang menunjukkan mereka perlu untuk mendapat cengkaman di tengah untuk memastikan sistem mereka produktif.

Perkara yang sama juga untuk JDT. Trio tengah Safiq-Afif-Nazmi pastinya antara sebab kenapa JDT mendapat rentak dalam 3 perlawanan terakhir mereka.

Pahang seakan-akan memiliki gandingan yang baik dengan adanya pemain seperti Syamim Yahya dan Azam Azih.

4. Serangan terbaik vs pertahanan terbaik

Ini adalah pertarungan pasukan yang free scoring berhadapan dengan pasukan yang paling kental di pertahanan setakat ini.

Sumareh / kredit foto: Asiana.my

Pahang sudah menjaringkan 20 gol dan menjadi satu-satunya pasukan yang berbuat demikian musim ini.

Manakala JDT hanya dibolosi dengan 4 gol daripada 6 perlawanan liga. 3 clean sheet dicatatkan dalam  3 perlawanan terakhir mereka.

JDT hanya melepaskan 2 bolos daripada 6 perlawanan terakhir mereka di dalam pertandingan domestik.

5. Kreativiti

Pahang dan JDT anatara pasukan yang sangat kreatif musim ini. Kedua-dua pasukan mampu untuk mencipta peluang gol yang berterusan.

Jadi, malam ini, pemain-pemain utama dalam prestasi terbaik, kita boleh jangkakan satu perlawanan yang akan ofensif daripada kedua-dua pasukan.

Benjamin Mora vs Dollah Salleh

Ini adalah pertemuan pertama kedua-dua pengendali baru pasukan ini. Untuk Dollah ia adalah kepulangan kali ke-2 ke Pahang.

Falsafah bola sepak yang berbeza dengan cara pengurusan pasukan yang berbeza.

Kedua-dua jurulatih mahu terus memberikan statement kepada penyokong masing-masing!

6. Rekod pertemuan

Dalam 28 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam semua pertandingan, 13 adalah dimenangi JDT. Manakala 11 lagi dimenangi Pahang. Baki 4 perlawanan adalah seri.

Ini menjadikan perlawanan ini sentiasa sengit ataupun tight contest.

6 pertemuan terakhir dalam semua pertandingan pula. 3 dimenangi JDT dan 3 perlawanan seri.

Pahang masih gagal menang dalam 6 pertemuan terakhir menentang JDT untuk 90 minit.

Kali terakhir Pahang menang dalam masa 90 minit adalah 8 Januari 2013.

JDT telah menjaringkan 9 gol tanpa balas dalam 2 perlawanan terakhir menentang Pahang hasil kemenangan 0-3 dan 6-0.

7. Fakta perlawanan

  • JDT belum kalah dalam 29 perlawanan dalam semua pertandingan di Larkin. Kali terakhir mereka tewas adalah 28.11.2015 dalam kempen Piala Malaysia menentang Felda United
  • Dalam perlawanan Liga Super, JDT masih belum kalah di Larkin dalam 55 perlawanan terakhir. Kali terakhir mereka kalah adalah pada 7.4.2012 di tangan Lions XII. Ia berlaku hampir 5 tahun yang lalu. 42 kemenangan dan 13 seri dalam perlawanan liga dicatatkan di sini setakat ini
  • Pahang hanya menang 2 daripada 5 kunjungan terakhir ke tempat lawan
  • Pahang telah menjaringkan 20 gol hanya dalam 7 perlawanan. Ianya hanya kurang 5 gol daripada jumlah gol mereka untuk satu musim pada musim lalu
  • Jika menang dalam perlawanan ini, Pahang akan menyamai jumlah kemenangan mereka untuk satu musim pada musim lalu iaitu 6 kemenangan.

Sebelum wisel

Ini pertarungan penting untuk pesaing kejuaraan liga. Jika JDT menang mereka akan merapatkan jurang mata kepada 2 mata dengan 1 perlawanan di dalam tangan.

Jika Pahang menang mereka akan menjarakkan diri mereka 4 mata daripada pasukan Kedah yang akan beraksi esok.

Jadi, kami mengharapkan ia akan menjadi pertarungan yang selayaknya digelar, match of the week.

Baca juga: Pahang Naik Ke Puncak Liga, JDT Berada Di Tangga Ke-3 Selepas Menang

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN