Testimonial Michael Carrick, Tampilkan Skuad United 2008, Gerrard, Lampard Dan Ramai Lagi

Carrick dihadiahkan dengan perlawanan Testimonial Michael Carrick ataupun penghargaan oleh Manchester United setelah berkhidmat 11 tahun di Old Trafford.

Ia juga akan menjadi perlawanan untuk kutipan amal untuk badan amal yang baru ditubuhkan oleh Carrick iaitu Michael Carrick Foundation.

Perlawanan Testimonial Michael Carrick ini akan menampilkan Manchester United 2008 XI berhadapan dengan Michael Carrick All-Stars. Ia akan berlangsung pada 4 Jun 2017.

Senarai pemain untuk Manchester United 2008 XI yang sudah mengesahkan penyertaan setakat ini adalah Edwin van der Sar, Gary Neville, Rio Ferdinand, Paul Scholes dan Ryan Giggs.

Manakala untuk skuad Michael Carrick All-Stars pula nama-nama yang sudah mengesahkan penyertaan adalah Steven Gerrard, Frank Lampard dan Michael Owen.

Senarai penuh akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Yayasan Michael Carrick adalah satu badan amal yang beroperasi di Manchester dan Newcastle. Ia membantu golongan kanak-kanak yang memerlukan bantuan untuk pembangunan mereka.

Yayasan ini akan cuba membantu kanak-kanak untuk rasa lebih selamat, berharga dan berinspirasi untuk mencapai impian mereka.

Michael Carrick menjadikan semangat yang dimiliki oleh Manchester United sebagai salah satu simbol untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak.

Manchester United telah memberikan sokongan ke atas Carrick yang juga merupakan timbalan kapten di Old Trafford, dengan menghadiahkan testimonial ini.

Carrick berkata:

“Untuk bermain selama 11 tahun di kelab terhebat adalah sesuatu yang sangat saya banggakan.”

“Ia satu penghormatan untuk diberikan testimnonial. Perlawanan ini akan jadi detik istimewa untuk saya dan keluarga saya.”

“Dan saya berharap semua orang yang terlibat nanti akan menjadikan ia detik penuh memori.”

“Ia juga satu penghormatan apabila saya berkesempatan untuk bertemu semula dengan bekas rakan sepasukan dan pemain-pemain yang pernah menjadi lawan terbaik saya.”

“Saya teruja dengan prospek tersebut.”

“Untuk para penyokong, saya sangat berterima kasih, walaupun saya tahu terima kasih sahaja tidak cukup nak membalas segala sokongan yang telah saya terima dari anda.”

“Saya rasa inilah peluang untuk saya memberikan sesuatu kepada anda.”

“Sebagai perlawanan amal, ia akan disalurkan kepada kebajikan. Saya berharap dapat mengutip sebanyak mungkin dana untuk yayasan saya untuk mengubah nasib kanak-kanak.”

“Ini antara perkara yang saya sentiasa bersungguh-sungguh untuk lakukannya. Terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan perlawanan testimonial ini satu kenyataan.”

Bukan semua pemain berpeluang mendapat perlawanan testimonial dalam sejarah hidup mereka.

Nampaknya Michael Carrick antara pemain yang istimewa, lebih-lebih lagi mendapat perlawanan testimonial dari kelab seperti United.

Baca juga: 5 Sebab Manchester United Konsisten Kekalkan 15 Perlawanan Tanpa Kalah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN