Sebentar tadi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah pun membuat satu pengumuman rasmi mengenai pelantikan jurulatih baharu untuk Johor Darul Ta’zim (JDT).
Jelas baginda, pelantikan tersebut dibuat dalam usaha untuk menstrukturkan kembali kelab pada musim hadapan dengan Hector Bidoglio dinaikkan pangkat selaku pengarah teknikal pasukan.
WATCH NOW: HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor speaks about Johor Darul Ta'zim FC's changes ahead, future plans, aspirations and transfers.
Watch the full video on our YouTube channel at https://t.co/y9pFc4SVxA pic.twitter.com/P7AM61w8Hc
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 30, 2022
Bidoglio yang mengambil tampuk kejurulatihan JDT pada pertengahan musim ini untuk menggantikan Benjamin Mora jelas mempamerkan kualiti yang bagus untuk membawa kestabilan pasukan sehingga mereka meraih gelaran juara Liga Super dan Piala Malaysia 2022.
Mengenai perlantikan jurulatih baharu itu, TMJ menyatakan nama individu tersebut iaitu Esteban Solari yang juga adik kepada bekas bintang Real Madrid, Santiago Solari.
Ketika ini, Esteban merupakan pembantu jurulatih untuk skuad kebangsaan Argentina bawah 23 tahun (B-23), dan TMJ sebelum itu sudah menghubungi beliau sejak beberapa tahun.
Good job from the whole team.👏👏
Congratulations to Esteban Solari, the team, and Argentina's fans.
By @Argentina #VamosArgentina#VamosLosPibes#EstebanSolari#RoadToTokyo#Tokyo2020#Tokio2020#Sub23 #Preolímpico2020 https://t.co/Eq03Ol7BsT pic.twitter.com/WiF1qpG9ey— SyrianSky Secret (@SyrianskyS) February 8, 2020
Tambah TMJ, jurulatih kelahiran Argentina itu juga sebenarnya sudah pun mendapat tawaran daripada beberapa kelab terkemuka di Eropah seperti River Plate dan pasukan pembangunan Barcelona sebelum diyakini untuk menyertai JDT.
“Kami akan ada jurulatih baharu, dan saya secara peribadi sangat menggagumi jurulatih baharu ini kerana saya dah kenal dia selama beberapa tahun.
“Kami dalam komunikasi selama beberapa tahun dan beliau sekarang bersama skuad B-23 Argentina bersama Javier Mascherano dan juga telah ditawarkan bersama River Plate dan skuad pembangunan Barcelona.
“Tetapi saya bagaimana pun berjaya menyakinkan beliau untuk bersama dengan saya untuk teruskan projek bola sepak JDT iaitu Esteban Solari,” jelas TMJ menerusi petikan video di laman rasmi Johor Southern Tigers (JST).
Pada masa sama, TMJ turut mengumumkan beberapa muka baharu akan memperkuatkan JDT pada musim hadapan di beberapa posisi termasuk pertahanan kiri.
Walaubagaimana pun, TMJ tidak mengumumkan siapa pemain tersebut dan akan mengesahkannya jika persetujuan bersama mereka sudah mencapai sebanyak 100%.
Ignacio Nacho' Scocco and Esteban Solari one of the most promising and lethal attacks. Unfortunately Solari only played two seasons for Pumas scoring 25 goals. pic.twitter.com/qVFAo11Nrx
— Him Burton (@worldclassh8er) March 17, 2020
Antara yang bakal mengisi posisi serangan ialah pemain yang berasal dari Brazil dengan bertujuan dapat menjadi pengganti sekiranya Bergson da Silva atau Fernando Forestieri tidak dapat beraksi.
Lain-lain pemain ialah pemain tengah menyerang yang berasal dari Sepanyol untuk berpasangan bersama Leandro Velazquez, serta pertahanan kanan yang mempunyai pasport Asia Tenggara.