Pengendali JDT, Ulises Morais menganggap kejayaan JDT dinobatkan juara Liga Super 2017 sebagai tonik terbaik untuk mereka dalam kempen Piala Malaysia selepas ini.
Morais juga memberi jaminan yang pemain-pemain beliau akan tetap memberikan aksi terbaik dalam baki saingan liga untuk cuba mengutip seberapa banyak mata yang boleh.
Semalam JDT, tewas di Selayang di tangan Selangor. Namun pencabar mereka Kedah juga tewas di tangan Pahang. Sekaligus membolehkan pasukan Harimau Selatan tersebut dinobatkan dengan kejuaraan Liga Super 2017.
Ianya adalah kejuaraan ke-4 berturut-turut. Menjadikan mereka satu-satunya pasukan yang pernah melakukan pencapaian gemilang itu dalam francais Liga Super.
Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan semalam, Morais berkata:
“Kemenangan ini telah meningkatkan keyakinan pemain dan kami berharap dapat bermain cemerlang dan jika boleh, memenangi Piala Malaysia yang merupakan satu lagi pertandingan penting buat kami.”
“Sekalipun kami telah memenangi kejuaraan Liga Super, pemain tidak akan bermain sambil lewa dalam tiga perlawanan itu, kerana perlawanan tersebut adalah juga penting.”
Sumber
Sinar Harian – http://www.sinarharian.com.my/sukan/jdt-kini-fokus-kepada-menang-piala-malaysia-1.714427