JDT membelasah Global FC 4-0 dalam perlawanan berintensiti sederhana di Larkin.
JDT membuka tirai jaringan menerusi Mahali Jasuli menerusi cubaan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-30.
Safiq Rahim menambahkan pendahuluan kepada 2 gol selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-34.
Brian Fereirra berjaya menjaringkan gol pada minit ke-87 diikuti dengan jaringan ke-4 oleh Marcos Antonio pada masa kecederaan.
JDT kini berada di tangga teratas dengan 7 mata. Global di tangga ke-2.
https://www.youtube.com/watch?v=IdFQhkb_HyU
Seterusnya
JDT akan berhadapan dengan Global FC sekali lagi dalam perlawanan ke-4. Menang akan menjamin mereka mara terus ke pusingan seterusnya.