Quantcast
Ong Kim Swee Teruja Kongsi Ilmu Dari London, Sahkan Tiada Pengganti Nazirul
BERITA

Ong Kim Swee Teruja Kongsi Ilmu Dari London, Sahkan Tiada Pengganti Nazirul

Wednesday, 15 Mar 2017

Jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee telah kembali ke Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini beliau berkata akan mempertimbangkan untuk memanggil beberapa pemain sekiranya mereka menunjukkan prestasi cemerlang dalam Piala FA yang lalu.

Datuk Ong Kim Swee sebelum ini juga memberikan bayangan akan memanggil nama-nama tertentu dalam senarai simpanan sekiranya ada pemain yang sudah dipilih tercedera.




Tiada pengganti Nazirul

Dalam perlawanan Piala FA melibatkan pasukan Perak dan Kedah pada minggu lalu, bek kiri Nazirul Naim telah mengalami kecederaan.

Nazirul yang terpaksa dikejarkan ke Hospital serta merta dengan ambulans ketika perlawanan masih berlangsung.

Ditanya oleh wartawan tentang isu pengganti Nazirul Naim, Datuk Ong Kim Swee berkata, skuad yang sedia ada sudah cukup untuk menampung kekosongan itu.

Teruja kongsi ilmu dari London

Datuk Ong Kim Swee juga teruja untuk berkongsi ilmu dari London yang telah beliau dapat sepanjang tempoh beliau bersama QPR.

Beliau turut berharap Malaysia akan mampu menang menentang Filipina dalam perlawanan persahabatan pada minggu hadapan, 22 Mac 2017.

Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, Datuk Ong Kim Swee lebih melihat perlawanan ini sebagai perlawanan yang akan membantu menaikkan sedikit ranking skuad kebangsaan.

Pasukan Filipina adalah pasukan yang berada di ranking jauh lebih baik daripada skuad kebangsaan yang berada di ranking ke-161.

Skuad Malaysia sudah 4 bulan tanpa sebarang perlawanan kompetitif. Jadi, beliau jelas mahukan keputusan yang terbaik.

Berkenaan dengan penangguhan perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara, Datuk Ong Kim Swee menerima baik langkah yang diambil oleh AFC.

Baca juga: Rangkuman Piala AFC 2017 GW3: Johor Darul Ta’zim 4 vs Global FC 0

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Rujukan

  1. Mstar
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Ong Kim Swee Teruja Kongsi Ilmu Dari London, Sahkan Tiada Pengganti Nazirul



Berita Bola Yang Menarik