JDT Dan Juventus Jalinkan Hubungan Kerjasama

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi sejarah apabila bakal menjalinkan hubungan kerjasama dengan kelab gergasi Itali, Juventus FC.

Perkembangan itu diumumkan melalui laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers (JST) yang telah mengesahkan pertemuan di antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, dengan pengerusi Juventus, Andrea Agnelli di Royal Park I Roveri semalam.

“JDT dan Juventus telah bersetuju untuk bekerjasama dan Harimau Selatan akan menghantar satu delegasi ke Turin beberapa minggu akan datang bagi membincangkan lebih lanjut mengenai kolaborasi yang akan dijalinkan.

FOTO: JST

“Agnelli menjemput baginda untuk santapan tengah hari, di mana kedua-dua individu penting dalam membuat keputusan pasukan tersebut berbincang mengenai cara bagaimana kedua-dua kelab boleh menjalinkan kerjasama.

“JDT cukup berminat untuk memperluaskan wawasan mereka ke Itali serta mendapatkan pandangan bernilai dari kelab paling berjaya di Itali. Juventus telah memenangi 34 kejuaraan Serie A,” kata kenyataan tersebut.

FOTO: JST

Selain itu, Tunku Ismail turut berpeluang menyaksikan pertembungan Serie A antara Juventus dan Udinese Calcio di Stadium Allianz di Turin. Juventus memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 4-1.

Selepas sesi perbincangan yang memberangsangkan bersama pengerusi Juventus, Andrea Agnelli, baginda turut tidak melepaskan peluang untuk melawat pusat latihan pasukan utama Juventus.

FOTO: JST

“Lawatan dilakukan ke atas fasiliti-fasiliti termasuk bilik persalinan, auditorium, pusat rawatan & pemulihan, gimnasium dan padang.

“Turut mengiringi keberangkatan DYAM Tunku Ismail adalah ejen bola sepak terkenal, Jorge Mendes dan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest,” petikan kenyataan daripada JST.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN