JDT Chapecoense perlawanan persahabatan tidak lama lagi. Hal ini berlaku selepas kelab Brazil itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada JDT.
Chapecoense yang ditimpa tragedi nahas kapal terbang yang mengorban hampir kesemua skuad mereka akan datang ke Johor tidak lama lagi.
Pasukan yang diberikan kemenangan Copa Sundamericana atas dasar fair-play oleh lawan mereka di perlawanan akhir tersebut iaitu Atletico Nacional, akan melakukan perlawanan persahabatan menentang JDT di Larkin sebagai tanda terima kasih.
Namun begitu, tiada lagi tarikh perlawanan ditetapkan.
Terima kasih
Chapecoense akan datang ke Larkin untuk beraksi menentang JDT dalam satu perlawanan persahabatan atas dasar terima kasih kelab Brazil tersebut kepada JDT yang sudi membantu mereka ketika kelab tersebut masih lagi terumbang-ambing selepas tragedi tersebut.
Mereka akan menjadi pasukan kedua dari luar negara yang bertandang ke Larkin untuk bermain perlawanan persahabatan menentang JDT.
Pasukan pertama yang hadir ke Larkin adalah pasukan Borrusia Dortmund dari Jerman.
Chapecoense kini dalam proses pembinaan semula skuad mereka selepas tragedi nahas kapal terbang yang berlaku pada akhir tahun lepas.
Hampir semua pemain dan pegawai skuad Chapecoense yang dalam perjalanan ke Colombia untuk perlawanan akhir Copa Sundamericana menentang Atletico Nacional.
Yang terselamat hanyalah 3 pemain dan beberapa pemain yang tidak ke Colombia kerana cedera dan digantung perlawanan.
Baca juga: Jersi Kedah 2017 Diundi Paling Cantik Oleh Peminat Bola Sepak