JDT mengambil langkah drastik untuk mendapatkan bakat-bakat baru bola sepak di negara kita. Mereka akan cuba mencari pemain berbakat untuk diserapkan ke dalam akademi JDT dan juga pasukan utama.
Sebentar tadi, pihak pengurusan JDT menerusi Alistair Edwards telah mengeluarkan kenyataan rasmi tersebut.
Beliau berkata:
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bersetuju untuk melantik tiga orang ‘scout’ (pencari bakat) di setiap negeri untuk mengenalpasti dan meninjau pemain yang berbakat untuk diserapkan dalam Akademi JDT dan juga pasukan JDT.”
Setiap pemantau bakat yang berjaya mengesan bakat yang dierapkan ke dalam akademi dan pasukan JDT, mereka akan diberikan habuan lumayan.
“Kelab JDT juga bersetuju supaya inisiatif sebanyak RM10,000.00 diberikan kepada setiap ‘scout’ apabila berjaya mengenalpasti pemain-pemain tersebut.”
“Ini menunjukkan kami serius dan ia bukan sahaja untuk pembangunan akar umbi di negeri Johor tetapi juga di seluruh negara untuk pemain berbakat dapat bermain dalam kelab JDT. So, get ready ubi-ubi!”
Nampaknya, pengurusan JDT sudah mengambil langkah yang baik yang harus dicontohi oleh pengurusan negeri lain.
Perkara sebegini pada pandangan kami sesuatu yang positif kerana mereka turun untuk mencari sendiri bakat di peringkat awal.
Buat masa ini, aspek ‘scouting’ masih tidak dititikberatkan oleh banyak pasukan di dalam pengurusan mereka.