JDT dicalonkan sebagai salah satu daripada lima kelab yang bakal merebut anugerah AFC Cup Club of the Decade (Kelab Terbaik Piala AFC Dekad Ini). Empat kelab lain yang tersenarai semuanya datang dari Asia Barat iaitu Air Force Club (Iraq), Kuwait SC (Kuwait), Qadsia SC (Kuwait) dan Al Ahed (Lubnan).
Anugerah yang mengenang pencapaian hebat kelab-kelab yang bertanding dalam AFC Cup sepanjang 10 tahun lepas ini turut menyaksikan JDT menjadi satu-satunya kelab dari Asia Timur yang tersenarai.
Mengulas mengenai pencapaian JDT dalam AFC Cup, AFC menulis:
“Dalam kejohanan yang didominasi oleh pasukan Asia Barat, JDT berdiri sebagai satu-satunya pasukan dari Asia Timur yang pernah merasai kegemilangan bergelar juara AFC Cup.
“JDT bergelut menunjukkan prestasi memberansangkan pada kemunculan pertama mereka sebagai Johor FC pada 2009, di mana mereka tersingkir di peringkat kumpulan dengan hanya satu mata. Tetapi lain ceritanya apabila mereka kembali pada tahun 2015.
“Persembahan dominan di peringkat kumpulan menyaksikan mereka mendahului Kumpulan F. Ini diikuti oleh kemenangan ke atas wakil Myanmar, Ayeyawady United dan gergasi Hong Kong, South China SC di peringkat kalah mati. Separuh akhir menentang Qadsia SC terganggu susulan penggantungan keahlian Kuwait FA dalam FIFA.
“Pada perlawanan akhir, JDT menghadapi ujian besar menentang wakil Tajikistan FC Istiklol di halaman mereka sendiri. Tetapi wakil Malaysia itu kental menghadapi cabaran, dengan gol tunggal Leandro Velazquez cukup untuk memahat nama JDT dalam sejarah.”
Untuk JDT memenangi anugerah ini, AFC membuka undian kepada semua peminat bola sepak Asia untuk mengundi kelab terbaik sepanjang dekad 2010-2019.
Undian boleh dilakukan dengan melawati pautan di bawah: