JDT Buru Kejuaraan Liga Super Buat Kali Keenam Berturut-Turut

Bekas juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyasarkan untuk meraih kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut pada musim depan bagi membolehkan mereka terus beraksi dalam saingan AFC Champions League.

Menurut pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor, pasukannya sedang melakukan persiapan rapi untuk memastikan tahap kecergasan mereka berada di tahap terbaik sebelum musim baharu Liga Malaysia membuka tirainya.

Malah, JDT juga bakal ke luar negara untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan terakhir mereka.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar tetapi masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan dari segi taktikal memandangkan skuad ini belum lengkap sepenuhnya.

“Kami akan menghadapi perlawanan pra-musim bulan hadapan dimana ia adalah persiapan terakhir kami untuk mengharungi musim 2019,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook JOHOR Southern Tigers

Kejuaraan Liga super menjadi sasaran utama JDT setiap musim

Nazmi turut mengakui bangga menjadi sebahagian daripada skuad Harimau Selatan yang sentiasa meraih pelbagai kejayaan pada setiap tahun. Beliau juga tidak sabar untuk mencipta sejarah baharu pada musim 2019.

“JDT sentiasa mencipta sejarah selama ini dan visi ini perlu dikekalkan. Selain menjadi pasukan pertama dari Malaysia bermain di ACL, impian untuk menjuarai Liga Super buat kali keenam berturut-turut menjadi keutamaan kami. Saya bangga menjadi sebahagian dari projek besar ini,” ujarnya.

Musim 2019 bakal menyaksikan JDT menempa satu lagi sejarah baharu apabila bakal bersaing di peringkat tertinggi kelab Asia, AFC Champions League pada musim hadapan. Dalam kejohanan itu, mereka akan bersaing bersama kelab-kelab terbaik di Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN