JDT ‘Borong’ Bintang E-Sukan Malaysia Untuk Takluk Cabaran Antarabangsa

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan penguasaan mereka dalam pelbagai cabang sukan, setelah kejayaan mereka mencipta nama menerusi bola sepak di pentas Asia sejak beberapa tahun ini.

Terbaharu, JDT bakal berkolaborasi bersama GBX Esports untuk membentuk suatu pasukan diberi nama JDT|GBX Esports bagi membawa cabaran baharu dalam kejohanan esukan FIFA dan eFootball.

Menurut rekod semasa yang dijelaskan oleh Johor Southern Tigers (JST), pasukan tersebut kini berada di ranking ke-14 dunia serta nombor satu di Asia setelah tampil cemerlang dalam beberapa kejohanan disertai.

Di Malaysia, JDT juga merupakan satu-satunya wakil pasukan bola sepak Liga Super yang menyertai kejohanan di pentas antarabangsa menerusi JDT|GBX Esports.

Kejohanan pertama yang bakal disertai pasukan tersebut bermula pada 17 November ini sehingga 12 Mei 2023 iaitu FIFAe Club Series 2023.

Kejohanan tersebut merupakan peringkat saringan bagi kejohanan FIFAe Club World Cup 2023 dengan menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM1.4 juta (USD 300,000) buat para pemenang.

Untuk pengetahuan, FIFAe Club World Cup merupakan salah satu kejohanan rasmi dunia di bawah kelolaan badan bola sepak dunia, FIFA di bawah divisyen esukan mereka iaitu FIFAe

Selain itu, FIFAe turut menganjurkan beberapa lagi kejohanan iaitu FIFAe World Cup dan FIFAe Nations Cup.

Pasukan tersebut bakal menampilkan barisan pemain terbaik kategori esukan FIFA di rantau ini bagi musim 2022/23.

Mereka adalah Ahmad Akmal Abdul Rafil (AkmalJHD), Mohammad Ega Rahmaditya (Eggsy), Faiq Iskandar Saiful Bahari (Halowake), Muhammad Imran Burhanudeen (ImranDeen), Ahmad Shahrin Shaharudin (Ayen), dan Muzaffar Zuhair Mustaffa (Chamack).

Pada masa sama, JDT|GBX Esports juga turut mengambil pemain terbaik di Malaysia bagi kategori esukan eFootball iaitu Mohd Norhaikal Bin Mohamad Noh.

Sebelum ini pemain tersebut pernah pernah mewakili JDT dalam kejohanan eFootball peringkat Asia Tenggara dan berjaya memenangi pingat emas di Commonwealth Esports Championships.

Untuk kejohanan ini, Haikal akan membawa cabaran JDT|GBX Esports dalam saingan eFootball International Cup yang bermula Oktober 2022.

Akhir sekali, Muhammad Syahir Aqil Bin Shahat turut dipilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih bagi pasukan JDT|GBX Esports bagi musim ini.

Sumber:
Johor Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN