“400 tiket diperuntukkan”, itulah respon kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengenai permohonan tiket perlawanan menentang Selangor yang akan berlangsung di ‘2020 World Stadium of the Year’ – Stadium Sultan Ibrahim.
Ia melebihi permohonan pengurusan Selangor yang meminta 300 tiket untuk para penyokong mereka yang akan berkunjung ke Iskandar Puteri bagi menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan pada 24 Jun nanti.
Pertembungan kedua-dua pasukan sememangnya akan menarik perhatian ramai ditambah pula dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim, stadium yang menerima pengiktirafan ‘2020 World Stadium of the Year’. Ia juga merupakan pertembungan pertama antara kedua-dua pasukan untuk saingan Liga Super musim ini.
🥇 Sultan Ibrahim Stadium (JDT) was chosen as 'Stadium Of The Year 2020' from @StadiumDB
Followed in second place Allegiant Stadium (Las Vegas) and third Ahmad bin Ali Stadium (Al Rayyan). pic.twitter.com/G4zjx89v4T
— Asian Football (@AsianFootballs) March 11, 2021
Pada musim lalu, The Red Giants berhasil mengikat skuad Harimau Selatan 1-1 di gelanggang tersebut.
Menurut kenyataan rasmi JDT, mereka memperuntukkan lebih tiket buat penyokong Selangor yang mahu ber-‘awaydays’ ke stadium kebanggaan mereka. Mereka menambah 100 tiket untuk penyokong Selangor.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim [JDT] telah menyediakan 400 tiket kepada Selangor FC untuk perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Jun nanti.”
“Selangor telah meminta 300 tiket ‘away’ tetapi JDT telah menyediakan 400 tiket bagi memberikan lebih ramai penyokong pasukan pelawat hadir ke ‘2020 World Stadium of the Year'”
Johor Darul Ta’zim (JDT)
JDT have allocated 400 tickets to Selangor FC for the Malaysia Super League match at Sultan Ibrahim Stadium on June 24.
Selangor had requested 300 away tickets but JDT have allocated 400 tickets to enable more visiting fans at the 2020 World Stadium of the Year. pic.twitter.com/Hkfpk49hkK
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 20, 2022
Selain bermurah hati memberikan lebih tiket kepada penyokong yang jelas merupakan antara musuh ketat mereka dalam saingan liga tempatan, ia juga dilihat seolah-olah mempromosikan Stadium Sultan Ibrahim.
Dengan meletakkan kenyataan ‘2020 World Stadium of the Year’, JDT mempromosikan stadium terbaik mereka yang menjadi kebanggaan bangsa Johor. Ia seperti tindakan serampang dua mata oleh pengurusan kelab.
Malah, dalam tidak sedar, ia seperti menjadi kenyataan sinikal apabila bercakap tentang stadium dengan penyokong Selangor yang sudah beberapa musim melalui masalah stadium yang tidak kunjung selesai.
Sama ada ia satu bentuk bermurah hati, promosi atau menjadi sinikal, namun, penyokong Selangor harus bersyukur kali ini mereka mendapat lebih tiket untuk hadir ke halaman lawan. Tentunya ia boleh dimanfaatkan untuk memberi kekuatan tambahan sorakan buat para pemain mereka untuk aksi pada Jumaat nanti.