JDT Berhempas Pulas Untuk Bangkit Tewaskan Sabah Dalam Pertarungan 120 Minit Di Likas

JDT dipaksa berhempas pulas dalam kemenangan mereka di Likas dalam perlawanan pusingan ke-2 Shopee Piala FA 2018.

JDT turun menentang Sabah di Stadium keramat di Likas. Sabah menurunkan kesebelasan terkuat mereka untuk perlawanan ini. JDT turut menurunkan kesebelasan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

JDT mahu bangkit daripada kekalahan di Piala AFC sebelum ini selepas berlaku isu dalam bilik persalinan pasukan Harimau Selatan.

Pasukan gergasi dari Selatan itu dikejutkan dengan gol pendahuluan oleh pasukan tuan rumah menerusi Lee Gil Hoon pada minit ke-23.

JDT cuba memberikan respon segera untuk gol tersebut. Namun mereka buntu. Pasukan Sabah berjaya bertahan dengan sangat baik untuk memastikan mereka masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan 1 gol.

Seperti yang dijanjikan oleh mereka sebelum perlawanan, pasukan Sabah mahu memberikan saingan sengit kepada lawan mereka.

Bersambung babak kedua, penyerang veteran JDT, Luciano Figueroa membuktikan beliau masih memiliki sengat di hadapan gol.

Beliau menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-53 selepas mengambil kesempatan di atas kekalutan di hadapan pintu gol Sabah.

Sabah turut mencipta beberapa peluang untuk menguji Izham Tarmizi. JDT sudah dijangka akan menekan lawan dengan serangan mereka. JDT membawa masuk Safawi Rasid dan mengeluarkan Hazwan Bakri untuk baki 17 minit terakhir perlawanan.

Safawi hampir menjaringkan gol kemenangan pada babak akhir perlawanan. 5 minit terakhir, JDT mengeluarkan Natxo Insa dan memasukkan Amirulhadi Zainal.

Kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang gol. Perlawanan tamat 1-1 untuk 90 minit. Jadi, perlawanan diheret ke masa tambahan 30 minit.

Hanya 4 minit pertarungan masa tambahan, Gonzalo Cabrera meletakkan JDT di hadapan. Itu adalah jaringan tunggal untuk masa tambahan pertama. JDT mendahului 1-2.

Tiada tambahan gol pada masa tambahan separuh kedua. JDT menang 1-2 di Likas. Perlawanan yang agak sukar untuk mereka kali ini. Kempen Sabah berakhir, manakala JDT meneruskan kemaraan ke pusingan ke-3.

Raul Longhi nampaknya masih mencari kemenangan pertama beliau bersama JDT untuk perlawanan masa penuh ataupun 90 minit. Namun kejayaan ini pastinya melegakan beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN