Thiago Augusto Tak Kemaruk Hatrik Dalam Kemenangan 2-5 Felda United Ke Atas Felcra FC

Felcra FC melayan kunjungan Felda United dalam perlawanan pusingan ke-2 Shopee Piala FA 2018. Perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Felda United diletakkan pasukan pilihan untuk perlawanan ini. B. Sathianathan menurunkan kesebelasan terbaik beliau untuk perlawanan ini.

Namun begitu mereka (Felda United) terlebih dahulu dikejutkan oleh Felcra FC yang menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-23 menerusi Endrick Dos Santos.

Ianya kombinasi menarik di antara Dos Santos dan David Laly. Mereka bertukar hantaran 1-2 dan Dos Santos menerima bola di dalam ruang kecil di hadapan gol. Beliau dengan mudah menewaskan Farizal Harun.

Tersentak dengan gol itu, Felda United memperkemaskan corak permainan mereka untuk mencari gol penyamaan. Namun mereka terpaksa menunggu sehingga minit akhir sebelum wisel rehat.

Inspirasi Thiago untuk kebangkitan Felda United

Pertahanan yang tidak kemas oleh Fazliata Taib yang menjatuhkan Thiago Augusto di dalam kotak penalti.

Thiago Augusto sendiri yang mengambil sepakan tersebut. Beliau dengan tenang menyempurnakan peluang tersebut. Tamat separuh masa pertama, dengan kedudukan terikat 1-1.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan bergelut untuk beraksi dalam kondisi padang yang agak licin. Perlawanan pada 10 minit pertama pada separuh masa kedua agak seimbang.

Pada minit ke-53, hantaran Wan Zack Haikal mencetuskan ancaman gol, namun dikeluarkan oleh Fazliata. Sepakan penjuru Ian Ramsay hampir disempurnakan oleh Shukor Adan.

Thiago Augusto meledak gol kedua peribadi beliau dan yang kedua untuk pasukan. Ini selepas beliau menerima hantaran cantik Gilberto. Thiago Augusto yang hilang daripada kawalan Fazliata Taib mudah menanduk bola masuk.

3 minit selepas itu, Thiago Augusto sekali lagi bebas daripada kawalan pertahanan lawan dan hampir menjaringkan hatrik selepas menerima hantaran Wan Zack Haikal.

Felda United leka 

Gol ke-3 Felda United dijaringkan oleh Kapten pasukan, Shukor Adan yang menerima bola selepas keadaan kelam kabut di dalam kotak gol Felcra. Shukor dengan tenang menghalakan percubaan ke penjuru kanan penjaga gol lawan pada minit ke-72.

2 minit selepas itu, Ramsay mendapat peluang keemasan namun Fadzley Rahim cemerlang dalam situasi 1 lawan 1.

Kelekaan Felda United membolehkan Felcra FC merapatkan jurang dengan jaringan tandukan bebas oleh Cassagrande Anselmo Da Silva pada minit ke-75. Seminit selepas kegagalan Ramsay menyempurnakan peluang terbaik.

Felda terus leka dan membuatkan Felcra mencipta peluang gol terbuka. Namun percubaan jarak dekat oleh Cassagrande agak mengecewakan. Ia adalah peluang keemasan.

Felda United bunuh perlawanan

Pada minit ke-83 Hadin Azman menyempurnakan serangan balas menarik. Beliau tenang meleretkan bola ke ‘near post’.

Felda United sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan. Agak menarik kerana Thiago Augusto memberikan peluang kepada rakan beliau untuk melakukan sepakan tersebut.

Thiago berpotensi melakukan hatrik. Namun beliau memilih untuk mengutamakan pasukan terlebih dahulu berbanding dengan individualistik.

Penalti itu disempurnakan oleh Giberto Fortunato. Felda United menang besar 5-2 ke atas Felcra FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN