JDT Bawa Masuk Pengganti Marcos Antonio

Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield
01:27
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kehadiran pemain pertahanan baharu dari Brazil, Bruno Gabriel Soares bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Menerusi akaun facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST) malam tadi, kelab berkenaan berkata tonggak pertahanan tinggi lampai itu diletakkan dalam situasi `standby’ bagi menggantikan Marcos Antonio sekiranya tidak sempat cergas sepenuhnya daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada lutut kiri sejak Julai lalu.

Menurut kenyataan di ruang komen laman facebook JST, bekas pemain kelab, Hapoel Tel Aviv itu berkemungkinan akan bermain untuk JDT II dan hanya beraksi untuk skuad utama Harimau Selatan jika diperlukan.

“Bruno adalah pemain pertahanan luar negara kami yang berasal dari Brazil. Kami meletakkan beliau sebagai pemain `standby’ untuk Marcos Antonio jika belum cergas sepenuhnya.

“Buat masa ini berkemungkinan besar beliau akan bermain untuk JDT II dan akan bermain untuk skuad utama jika diperlukan,” kata kenyataan berkenaan.

Bruno Soares sudah mula menjalani latihan dengan pasukan JDT sejak minggu lepas.

Bulan lalu, Marcos Antonio menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan ACL di lutut kirinya selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan Liga Super menentang Perak.

Marcos kemudian menjalani pembedahannya di Portugal dan akan terlepas baki perlawanan pada musim ini dan akan menjalani proses pemulihan.

“Marcos mempunyai watak yang luar biasa dan benar-benar profesional di dalam dan di luar padang. Kami di JDT mengharapkan pemulihan yang pantas kepada salah seorang pemain paling berjaya dan digemari dalam sejarah kelab ini. ” kata kenyataan daripada JST.

Sebelum ini, juara empat kali berturut-turut Liga Super itu mengumumkan kepulangan dua bekas pemain import mereka dari Argentina iaitu Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa.

Selain itu, pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun yang kembali memperkuatkan pasukan selepas dipinjamkan selama semusim ke kelab Liga Singapura, Home United.

Malah, mereka turut melengkapkan pemain import keempat dengan mendapatkan khidmat pemain berdarah kacukan Malaysia-Barbados, La’Vere Corbin-Ong yang mampu beraksi di posisi pertahanan kiri dan kanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN