Sathia Idam Bawa Felda United Naik Ke Liga Super 2019

Kegagalan FELDA United mendapatkan lesen beraksi dalam saingan Liga Super musim depan langsung tidak mematahkan semangat ketua jurulatihnya, B.Sathianathan untuk membimbing pasukan itu dengan lebih baik.

Justeru itu, Sathia mensasarkan untuk membantu FELDA United kembali beraksi dalam saingan Liga Super 2019 selepas terpaksa beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Bercakap kepada Berita Harian, bekas pengendali skuad senior kebangsaan yang meraih anugerah Jurulatih terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 (ABK 2017) kelmarin yakin sasaran itu mampu dicapai.

“Saya sebenarnya tidak percaya dapat memenangi anugerah ini dan saya ingin berterima kasih kepada isteri, anak saya serta pengurusan FELDA United serta pemain yang banyak bertungkus lumus untuk mencapai keputusan positif dalam saingan Liga Malaysia, musim ini.

“Saya amat berbangga kerana pasukan FELDA United bangkit daripada kelompok bawahan Liga Super dan berjaya meraih kelompok tiga terbaik pada musim ini.

“Saya harap dapat melakukan perkara sama dalam Liga Perdana, musim depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis anugerah tersebut.

Sathianathan yang pernah memenangi anugerah sama pada 2010 dan 2012, bagaimanapun mengakui masih terdapat banyak perkara yang mahu dicapai dalam bidang kejurulatihan yang diceburinya sejak sekian lama.

Minggu lalu, badan pengendali Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah mengesahkan bahawa pasukan Felda United diturunkan ke Liga Perdana Malaysia untuk musim 2018 selepas gagal mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).


Hal ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat FMLLP.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyalahkan kelab bola sepak tersebut sendiri kerana gagal melengkapkan segala dokumen berkaitan sehingga melangkaui tarikh tutup yang diberikan oleh badan induk bola sepak negara itu.

FELDA United dikatakan gagal melengkapkan keperluan F.02, Penyata Kewangan Untuk Tempoh Interim yang direviu (tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2017) yang perlu memenuhi keperluan pendedahan minimum dan prinsip perakaunan serta perlu direviu atau diaudit oleh juruaudit bebas serta mesti merangkumi reviu kewangan oleh pengurusan.

Bagaimanapun FELDA United menegaskan sudah menghantar semula Laporan Kewangan Interim (Pengurusan Akaun) yang telah disahkan oleh juruaudit selepas menerima arahan untuk berbuat demikian oleh FAM.

Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak FELDA United (FUFC), Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkata mereka akur dengan ketetapan dan penyingkiran kelab tersebut ke saingan 100PLUS Liga Premier pada musim hadapan, dan berharap ia tidak akan menjejaskan moral pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN