JDT Bakal Berbelanja Besar Bawa Masuk Seorang Lagi Pemain Import

Selepas menandatangani penyerang import dari Argentina, Fernando Marquez, juara liga super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) kemungkinan akan mendapatkan seorang lagi pemain import  dari Argentina bagi memperkuatkan pasukan itu.

Perkara ini diumumkan melalui laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers (JST) apabila pengendali skuad Harimau Selatan itu, Raul Longhi mengesahkan kehadiran seorang pemain import baharu.

“Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada pemain luar negara baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fernando Marquez yang berasal dari Argentina.

“Pemain kelab Belgrano yang dipinjamkan ke Defensa y Justicia dalam saingan Superliga Argentina ini merupakan antara ‘Top 5’ penjaring terbanyak liga utama yang sukar di negara latin tersebut dan ini akan membantu memantapkan barisan serangan kami.

“Seorang lagi pemain luar negara baharu JDT juga berasal dari Argentina dan sedang berada dalam prestasi yang baik. Kami akan kongsikan kepada para penyokong tidak lama lagi,” kata kenyataan itu.

Isnin lepas ketika sesi perjumpaan bersama peminat di JDT Cafe, Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memberi bayangan akan mendapatkan seorang pemain import baharu bagi menggantikan Jorge Silva dan Harry Novillo yang dilihat kurang menyerlah sejak diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Dahulu pasukan memang perlu untuk beri peluang dan masa kepada semua pemain. Ini adalah polisi yang diguna pakai dalam semua pasukan bolasepak.

“Tetapi kini kita tak boleh menunggu lebih lama kerana tahun ini tahun sangat penting JDT untuk juara Liga Super dan layak ke ACL musim depan.

“Pintu perpindahan pemain akan ditutup 5 hari lagi. Kita telah habiskan banyak wang untuk pemain-pemain ini.

“Saya mengakui telah buat silap kali ini. Kerana kali ini saya sebelum ini telah mendengar nasihat dari info yang salah. Tetapi saya perlu akui dugaan pasukan JDT 2018 ini amat banyak.

“Tidak ada dalam dunia bolasepak yang baru tandatangan pemain 3 perlawanan dan pemain itu perlu diganti dengan begitu awal.
Kita terpaksa lakukan ini semua demi suara penyokong”, katanya seperti dipetik dalam laman web Harimau Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN