Iniesta Dedahkan Hadapi Masalah Depresi Sejak Kehilangan Rakan Baik Pada 2009

Andres Iniesta merupakan seorang bintang bola sepak yang dihormati oleh kawan dan juga lawan dalam bola sepak.

Beliau telah memenangi semua kejohanan yang beliau mampu kecapi sepanjang karier bersama Barcelona dan juga Sepanyol termasuklah Piala Dunia pada 2010.

Namun disebalik kejayaan yang dikecapi beliau, Iniesta mengakui beliau mengalami depresi dalam karier beliau.

Permulaan kepada depresi yang dihadapinya bukanlah berlaku di hari-hari terakhir beliau bersama Barcelona, tetapi bermula sejak pada tahun 2009 lagi.

Dani Jarque (kiri) bersama Andres Iniesta satu ketika dahulu.

Iniesta menghadapi depresi akibat kehilangan rakan baik beliau iaitu Dani Jarque yang merupakan bekas pemain Espanyol satu ketika dahulu.

Jarque meninggal dunia selepas terkena serangan jantung mengejut pada sesi pra-musim Espanyol pada tahun tersebut.

Iniesta mengakui beliau nyata mengalami patah semangat yang teramat akibat kehilangan rakan baik beliau itu.

“Anda rasakan itu bukannya diri anda, anda tidak lagi berasa seronok dengan apa yang anda lakukan.”

“Orang yang berada disekeliling anda cumalah orang yang berada disekeliling anda sahaja. Anda tidak punya lagi perasaan atau semangat lagi.”

Iniesta mengabadikan gol beliau pada perlawanan akhir Piala Dunia 2010 untuk Jarque yang merupakan rakan sepasukan beliau dalam pasukan remaja Sepanyol.

Andres Iniesta mendedikasikan gol beliau di perlawanan akhir Piala Dunia 2010 untuk mendiang Dani Jarque.

Beliau mengakui hidup beliau terasa kosong selepas pemergian rakan baiknya itu.

“Akhirnya sampai satu tahap anda berasa hidup anda berasa kosong dan anda tidak mampu hadapinya lagi.”

Iniesta kini bersama skuad Sepanyol untuk tugasan Piala Dunia 2018 sebelum memulakan karier baharu sebagai pemain kelab Jepun – Vissel Kobe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN