Barcelona dan Beko Lancar Misi Global Bersama UNICEF Halang Obesiti Kanak-Kanak

Beko, jenama perkakas rumah no.1 di Eropah, melancarkan misi global untuk membantu menghalang obesiti kanak-kanak menerusi inisiatif ‘Eat Like A Pro’. Beko yang juga penaja kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona, mengumumkan inisiatif tersebut bersama UNICEF, untuk mengumpul €1,000,000 (kira-kira RM5 juta) untuk inisiatif tersebut.

Inisiatif ‘Eat Like A Pro’ ini merupakan gerakan seantero dunia yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak makan secara sihat. Beko menggalakkan orang ramai untuk berkongsi tabiat makan sihat mereka di media sosial dengan tanda pagar #EatLikeAPro. Bagi setiap pos #EatLikeAPro di Instagram atau Twitter, Beko akan menyumbang €1 kepada UNICEF untuk kempen ini.

Untuk mempromosikan kempen ini, Beko turut telah menggantikan logo jenama mereka di jersi pemain FC Barcelona ketika El Clasico pada 6 Mei lepas dengan mesej #EatLikeAPro.

Wang yang terkumpul dari kempen ini akan membantu memperbaiki kualiti diet kanak-kanak dan mengurangkan kadar obesiti kanak-kanak. Ketika ini lebih 70 juta kanak-kanak seluruh dunia akan mengalami obesiti menjelang 2025 jika aliran diet semasa tidak berubah.

Ketua Pegawai Eksekutif Beko, Hakan Bulgurlu menjelaskan, “Obesiti kanak-kanak adalah isu seluruh dunia dan kami gembira FC Barcelona, Beko dan UNICEF berganding bahu untuk menyelesaikan isu ini. Kami di Beko cuba meningkatkan kesedaran dan sumbangan kepada UNICEF menerusi seruan sosial di lengan jersi FC Barcelona semasa aksi El Clasico musim ini.”

BARCELONA, SPAIN – MAY 06: Keylor Navas of Real Madrid and Luis Suarez of Barcelona clash during the La Liga match between Barcelona and Real Madrid at Camp Nou on May 6, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Wang daripada sumbangan kempen #EatLikeAPro ini akan digunakan untuk menyokong program nutrisi UNICEF di Amerika Latin, di mana kira-kira 23% kanak-kanak dari umur 12 tahun ke bawah mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Penyakit epidemik ini semakin menular dalam kalangan keluarga miskin.

Menerusi kerjasama dengan Beko, UNICEF akan melancarkan program makan sihat untuk 600,000 kanak-kanak bersekolah di Amerika Latin. Ia direka untuk memberikan pendidikan dan sokongan penting mengenai kepentingan makan sihat di rumah dan sekolah demi perkembangan kesihatan kanak-kanak.

Sokongan Beko terhadap program UNICEF adlah sebahagian daripada kempen ‘Eat Like A Pro’, sebuah inisiatif bersama FC Barcelona yang timbul hasil penajaan Beko yang baru sahaja diperbaharui untuk 3 musim lagi.

‘Eat Like A Pro’ membantu ibu- bapa dan kanak-kanak untuk meletakkan kepentingan terhadap tabiat makan sihat dan nutrisi menerusi contoh yang ditunjukkan oleh hero kanak-kanak, pemain FC Barcelona. Maklumat lanjut tentang kempen ini boleh didapati di pautan berikut: http://www.eatlikeaprobybeko.com/eatlikeapro-en/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN