Evan Ferguson telah ditanya tentang mengapa beliau begitu komited untuk mewakili Ireland dan bukannya England dalam satu temu bual bersama talkSPORT baru-baru ini.
Jawapan spontan tapi padu dari Evan Ferguson mendapat perhatian peminat dan jelas sekali para penyokong Ireland akan semakin menghormati pemain penyerang itu.
Pemain berusia 19 tahun itu baru sahaja menandatangani kontrak selama enam tahun bersama Brighton pada hujung minggu lalu.
🇮🇪| Evan Ferguson was genuinely asked “What's the reason that you're so committed to Ireland?”
He said, “Because I’m Irish”
What a ridiculous, ignorant question, typical English… pic.twitter.com/BeFvPlvWkq
— IrishPropaganda🇮🇪⚽️ (@IrishPropaganda) November 10, 2023
Beliau pada ketika ini dianggap sebagai antara bakat hebat yang perlu diberi perhatian dalam saingan Premier League.
Bahkan ketika ada satu temu bual bersama Sky Sports pada awal tahun baru-baru ini, pengurus Brighton, Roberto De Zerbi turut pernah mendakwa yang Ferguson bakal menjadi antara pemain terhebat dalam saingan liga bola sepak Inggeris.
De Zerbi mengeluarkan kenyataan itu selepas beliau begitu teruja melihat impak Ferguson bersama Seagulls.
Ferguson yang telah membuat debutnya bersama Ireland ketika beraksi bertemu Norway tahun lalu telah menjaringkan tiga gol di pentas bola sepak antarabangsa.
Dan kerana beliau sepertinya semakin bersinar bersama skuad kendalian Stephen Kenny itu, maka makin keraplah Ferguson ditanya tentang keputusan beliau yang memilih untuk mewakili Ireland.
🇮🇪| After that ridiculous commitment question, Evan Ferguson was, straight after, asked what getting Ireland to a major tournament would mean to him:
“Be the best feeling you could have in football… I don’t think there’d be a prouder moment”
A proud Irishman 💚 pic.twitter.com/NhrDUEPX23
— IrishPropaganda🇮🇪⚽️ (@IrishPropaganda) November 10, 2023
Ibu beliau, Sarah telah dilahirkan di England, sementara ayahnya, Barry pula merupakan bekas pemain U-21 skuad kebangsaan Ireland serta turut pernah beraksi bersama Coventry dan Longford Town merupakan anak jati Dublin.
Oleh yang demikian, mengikut peraturan FIFA, seseorang pemain itu tidak dibenarkan untuk menukar kerakyatan mereka seandainya mereka sudah membuat tiga penampilan bersama skuad kebangsaan mereka.
Menukar kerakyatan dan beraksi bersama skuad kebangsaan England sepertinya sudah mustahil untuk dilakukan oleh Ferguson pada ketika ini.
Walau bagaimanapun, hal mengapa beliau memilih Ireland berbanding England masih lagi dibahaskan oleh para penyokong dengan beliau turut ditanya tentang soalan itu hingga ke hari ini.
Baru-baru ini, Ferguson telah ditemu bual oleh talkSPORT dan beliau sekali lagi ditanya tentang soalan yang sama.
Talksport: 'And what's the reason that you're so committed to Ireland?'
Evan Ferguson: 'Because I'm Irish'
Never not at it.pic.twitter.com/vhefO0D4NC
— Balls.ie (@ballsdotie) November 10, 2023
Ketika ditanya ada kebarangkalian atau tidak untuk beliau beraksi bersama skuad kebangsaan England, Ferguson dengan tenang menjawab ‘Tidak’.
Dan ketika ditanya apa alasan beliau tidak mahu beraksi bersama skuad The Three Lions, Ferguson dengan santainya menjawab:
“Kerana saya Irish.”
Jawapan beliau itu menarik perhatian peminat dan video temu bual itu tular di semua laman media sosial.
Penyampai talkSPORT, Alex Crook turut sempat mengulas tentang video yang viral itu dengan beliau menyatakan:
“Soalan saya bertanya kepada Evan Ferguson yang mana ibu dia dilahirkan di England, adakah dia berhasrat untuk beraksi bersama England, sepertinya telah menarik perhatian ramai.”
“Ia hanya soalan untuk bergurau senda dan kini menjadi ‘cerita’ para media. Dia jawab dengan bijaksana sambil tersenyum dan itu dilakukan untuk semua soalan. Individu yang hebat.”
Here is the full interview with #BHAFC striker Evan Ferguson. I can see that asking an Irishman why he was committed to Ireland may be seen as disrespectful, was not the intention. Hopefully this provides a bit more context to the overall discussion.https://t.co/0p6luYpdSL
— Alex Crook ⚽️🎙 (@alex_crook) November 10, 2023
Itu bukanlah kali pertama Ferguson ditanya tentang soalan itu dengan beliau sepertinya sudah terlalu kerap mendengar soalan yang sama.
Pada awal tahun baru-baru ini, bintang Brighton itu telah ditanya oleh penyampai Sky Sports, Melissa Reddy tentang kebarangkalian beliau mahu tukar kerakyatan dan beraksi bersama skuad kebangsaan England.
Sambil ketawa comel, Ferguson menjawab ‘Tidak’ dan menurut Alex Crook, kerana itu lah beliau bertanya soalan sama.
Alex Crook bermaksud mahu mencuba menghentikan soalan-soalan seperti itu lagi di masa hadapan dengan beliau percaya Ferguson tidak mungkin akan mahu beraksi bersama England.
Ferguson sendiri sempat bergurau yang beliau mungkin tak dibenarkan pulang ke rumah oleh ayahnya andai beliau memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England.
Evan Ferguson merupakan antara nadi terpenting untuk skuad kebangsaan Ireland dan Brighton walau beliau baru berusia 19 tahun.
EXCLUSIVE: Evan Ferguson reveals why he opted to play for Ireland over England
Read why here 👇https://t.co/CBB270xddy
— talkSPORT (@talkSPORT) November 10, 2023
Tidak dinafikan, beliau mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam dunia bola sepak, andai beliau konsisten mempamerkan aksi persembahan seperti sekarang.
Liverpool dan Manchester United juga sebelum ini pernah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan Ferguson dan sepertinya Brighton memberikan kontrak baru kepada pemain penyerang itu kerana mereka mahu melindungi aset kelab.
Jelas sekali Brighton boleh mendapatkan keuntungan yang luar biasa andai ada kelab yang berusaha mendapatkan Ferguson ketika pemain penyerang itu mempunyai baki kontrak yang masih panjang bersama kelab.