Javier Tebas Bidas Manchester City, PSG Rosakkan Bola Sepak Eropah Dengan Duit

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Manchester City merosakkan bola sepak eropah kerana kelab tersebut telah menyebabkan kenaikkan mendadak nilai pemain di pasaran dengan ‘limpahan kewangan’. Itulah perkara yang digariskan oleh Presiden La Liga, Javier Tebas.

Javier Tebas sememangnya mempunyai perwatakan yang kritikal. Dan beliau tidak pernah teragak-agak membidas peraturan UEFA yang tidak proaktif dalam melakukan kawalan kewangann terhadap kelab seperti Manchester City.

Malah Tebas lantang menyatakan pendirian beliau agar kriteria untuk beraksi di pertandingan UEFA Champions League diperketatkan, supaya pertandingan tersebut tidak berterusan melimpahkan kekayaan hanya kepada kelab-kelab besar Eropah.

Man City dan PSG

Tebas adalah pengkritik utama kepada Manchester City – kelab yang dipegang oleh Kumpulan Abu Dhabi milik jutawan, Sheik Mansour. Sebelum ini Tebas pernah menyatakan keraguan beliau terhadap kesungguhan UEFA untuk mengenakan tindakan terhadap juara Liga Perdana Inggeris (EPL), dan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) berkenaan peraturan FFP.

Tatkala City kini berhadapan dengan kemungkinan digantung daripada aksi UCL selama setahun membabitkan penipuan perbelanjaan berjumlah £60 juta, PSG pula menafikan sebarang salah laku yang melanggar peraturan FFP.

“Masalah utama PSG dan City pada saya ialah bagaimana kedua-dua kelab itu dikendalikan. Yang satu mengunakan duit hasil sumber petrol, dan satu lagi dari sumber gas,” ujar Tebas dalam laporan yang disiarkan oleh Telegraph.

“Kerosakkan yang mereka lakukan terhadap bola sepak di Eropah adalah besar kerana mereka mewujudkan inflasi kepaada pasaran. Disebabkan mereka, kelab-kelab lain terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mengekalkan pemain milik mereka.”

Pertandingan yang adil

Menurut Tebas, beliau mahukan satu sistem baharu diwujudkan di dalam bola sepak eropah untuk mewujudkan persekitaran pertandingan yang lebih adil.

“Saya mahukan satu peraturan dimana pertandingan tidak dipenharuhi oleh faktor kewangan semata-mata.

“Masalah utama sekarang ialah kekuatan kewanan yang dibawa masuk bukan terhasil dari industri itu sendiri. Perkara inilah yang membinasakan bola sepak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN