‘Jauh Di Hadapan’ – Statistik Membuktikan Maguire Jauh Lebih Bagus Berbanding Pemain Lain

Harry Maguire kini dianggap sebagai antara pemain terbaik dalam skuad Manchester United dan ramai peminat mula memuji bekas bintang Leicester City itu kerana berjaya membuktikan kemampuan sebenarnya walau beliau tidak begitu dihargai sebelum ini.

Manchester United berjaya mencatat kemenangan kedua mereka dalam saingan Premier League kemarin selepas menewaskan Sheffield United 2-1 di Bramall Lane.

United terlebih dahulu mendahului perlawanan tersebut selepas Scott McTominay meledak gol pembukaan untuk pasukan pelawat.

Beberapa minit selepas itu, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Oli McBurnie hasil dari sepakan penalti.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu berjaya mendominasi aksi babak kedua perlawanan dengan mereka dilihat memiliki beberapa siri kesempatan untuk memperoleh gol pendahuluan.

Diogo Dalot muncul wira Man United selepas kejayaan beliau meledak gol kemenangan untuk skuad The Red Devils pada minit ke-77 permainan.

Gol dari bintang Portugal itu secara tak langsung mengesahkan tiga mata penuh untuk Manchester United menewaskan Sheffield United.

Apa yang paling mencuri perhatian dalam perlawanan ini adalah aksi dan persembahan yang ditunjukkan oleh bekas ketua pasukan, Harry Maguire.

Harry Maguire telah diturunkan sebagai pemula dalam kedua-dua aksi terakhir Man United termasuk ketika aksi kemenangan menewaskan Brentford sebelum ini.

Pemain kebangsaan England yang kini berusia 30 tahun itu jelas sekali telah melalui detik kesukaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bahkan ramai yang turut mempersoalkan tentang masa hadapan beliau di Old Trafford kerana merasakan yang beliau sudah tiada tempat dalam skuad.

Maguire juga turut tidak menjadi pilihan utama Erik ten Hag sepanjang musim lalu dengan status beliau sebagai ketua pasukan juga turut sudah dilucutkan pada musim panas baru-baru ini.

Manchester United bahkan turut sempat bersetuju untuk menjual pemain pertahanan itu kepada West Ham United dengan yuran perpindahan bernilai £30 juta.

Urusan perpindahan itu walau bagaimanapun tidak menjadi kenyataan selepas Maguire bertekad tidak mahu meninggalkan Old Trafford dan mahu berjuang merebut tempat.

Maguire sepertinya telah berjaya membuktikan yang beliau berhak untuk menjadi pemain utama dalam skuad Man United dan juga skuad kebangsaan England.

Bahkan jika dilihat kepada statistik terkini, beliau jauh berada di atas pemain lain untuk menjadi pemain terbaik dalam skuad pada ketika ini.

Data dari Bramall Lane menunjukkan yang Maguire jauh di atas pemain lain selepas bintang England itu mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan kemarin.

Maguire bahkan turut dinamakan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut atas aksi hebat yang beliau persembahkan.

Data tersebut turut menunjukkan yang Maguire terlalu mendominasi dari segi hantaran dan membawa bola ke hadapan.

Statistik yang beliau catatkan jauh lebih bagus berbanding pemain seperti Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Jonny Evans, Victor Lindelof dan Christian Eriksen.

Lihat saja pada rajah statistik, Maguire jauh berada di atas pemain lain dan hal itu jelas sekali membuktikan yang pemain pertahanan itu sebenarnya ada kualiti yang sebelum ini ramai tak nampak.

Ramai peminat yang tampil memuji Harry Maguire atas aksi hebat yang beliau persembahkan dan rata-rata dari mereka sangat mengagumi bintang England itu.

Walau sering dihentam dan turut tidak menjadi pilihan pengurus, namun hal itu sama sekali tidak menghalang Maguire untuk terus berusaha dan membuktikan sesuatu kepada semua.

Adakah Maguire sudah berjaya menemui formula untuk menjadi pemain pertahanan terhebat di dunia? Adakah kini Man United sudah boleh berpuas hati dengan dana yang mereka belanjakan untuk pemain pertahanan itu? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN