TMJ Akui Tak Pernah ‘Ganggu’ Pemilihan Pemain Harimau Malaya

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) menzahirkan rasa pelik mengenai pemilihan dilakukan oleh kem kebangsaan baru-baru ini untuk aksi antarabangsa.

Terdahulu, TMJ mendapat tohmahan di media sosial tentang kononnya baginda tidak melepaskan seberapa pemain daripada JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Jelas TMJ, baginda sendiri hairan mengapa beberapa pemain terbaik sepatutnya beraksi di kelab tidak mendapat perhatian kejurulatihan skuad kebangsaan untuk beraksi di pentas antarabangsa dengan memberi contoh kepada Feroz Baharudin.

“Tidak, macam contoh Fairuz, saya begitu pelik kenapa beliau tidak terpilih sertai pasukan negara jika dilihat pada statistik pemain tersebut pada tahun ini berapa banyak? Bagi saya beliau merupakan pertahanan yang cukup bagus.

“Saya juga sangat suka dengan Afiq Fazail dan sangat terkejut kenapa pemain seperti Afiq tidak terpilih dan bagi saya sebenarnya beberapa orang pemain tengah Harimau Malaya kini tidak lagi relevan.

“Nadi bola sepak ini datang daripada ‘midfield’, jadi untuk ada hubungan tersebut kalau kita main dua atau tiga pemain tengah, rasanya Kim Pan-gon perlu membuat penilaian semula untuk lihat siapa lebih layak berada di situ.

“Ini kerana saya nampak pemain seperti Hong Wan mempunyai banyak potensi dan sudah tentu kita ada Matthew Davies selain jangan lupakan Shahrul Saad.

“Beliau baru pulih daripada kecederaan dan kembali, pada pandangan saya daripada segi karakter dan pemain, dia sangat-sangat bagus.

“Penjaga gol kami ada, Arif Aiman ada, dan Akhyar Rashid sangat bagus. Tetapi saya juga ingin pesan kepada Kim supaya jangan lupa kepada Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari,” jelas TMJ menerusi program Nindia.

Menurut baginda, kedua pemain tersebut sepatutnya perlu ada bersama skuad kebangsaan kerana mereka jarang mengecewakan TMJ dalam setiap perlawanan diturunkan.

Jelas TMJ lagi, baginda terpaksa menghormati pendapat Kim walaupun isu tersebut sebelum ini pernah dibangkitkan mengenai pemilihan pemain.

Malah, pemilik JDT itu turut mengulas tentang isu minit permainan yang sebelum ini pernah dibangkitkan segelintir penyokong bola sepak tempatan dengan memberi Akhyar Rashid sebagai contoh terbaik.

“Kalau nak tengok pada minit permainan, saya cadangkan coach supaya mengambil semua pemain PDRM yang bermain 90 minit penuh atau Penang serta seterusnya.

“Tetapi kalau anda nak pemain berkualiti, di JDT ada ramai dan patut dipakai sepenuhnya,” kata TMJ lagi mengenai isu pemilihan pemain dalam skuad kebangsaan.

Pada masa sama, baginda juga menyatakan isu Hong Wan yang kononnya sebelum itu dipanggil pulang ke JDT dengan menyatakan pemain tersebut mengalami kecederaan.

Malah, TMJ turut menyatakan Natxo Insa masih lagi dibelenggu isu kecederaan, dan jika tidak kerana isu tersebut pemain itu sudah pun mewakili Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN