Penjaga gol baharu Valencia, Jasper Cillessen berkata ianya bukan satu perkara yang sukar untuk menolak tawaran menyertai kelab itu.
Cillessen yang menyertai Valencia daripada Barcelona mengatakan beliau dengan mudah berkata “ya” apabila juara Copa Del Rey itu datang melamarnya.
“Ejen ada katakan yang Valencia tawarkan kontrak kepada saya. Dengan mudahnya saya katakan ya kepada itu.”
“Saya ingin ke sini (Valencia) dan saya kini di sini.”
Menurut Cillessen lagi, faktor sejarah Valencia yang kaya membuatkan beliau tidak berfikir panjang untuk terima tawaran sebagai penjaga gol kelab itu.
Cillessen yang merupakan sebahagian daripada skuad Barcelona yang tewas kepada Valencia dalam perlawanan akhir Copa Del Rey musim lalu.
Namun menurut beliau, duka akibat kekalahan itu kini tiada lagi.
“Kemenangan Valencia dalam Copa Del Rey cukup sukar untuk diterima pada awalnya, tetapi ianya cukup hebat.”
“Ianya adalah detik sukar buat saya, tetapi kini tidak lagi.”
Perpindahan Cillessen ke Valencia ini adalah baik untuk beliau memulakan kembali karier penjaga golnya.
Hal ini kerana, perkembangan beliau sebagai penjaga gol terbantut kerana terpaksa menjadi pemain pilihan kedua dibelakang Marc-Andre ter Stergen di Barcelona.
Cillessen dibeli daripada Barcelona dengan nilai perpindahan €35 juta.
Beliau menggantikan terus penjaga gol utama Valencia iaitu Neto yang menyertai Barcelona pada waktu perpindahan yang sama.