Jasazrin: Pengalaman Hampir Tersingkir Dari Liga Super Jadikan The Fighters Lebih Matang

Berdepan dengan penyingkiran pada musim lepas ternyata satu pengalaman yang pahit untuk dihadapi oleh Felda United. Skuad The Fighters terpaksa menunggu sehingga perlawanan liga terakhir untuk memastikan dapat terus kekal dalam saingan liga elit itu.

Bagaimanapun, kapten baharu Felda United, Jasazrin Jamaluddin dalam tembualnya bersama The Star mengatakan, pengalaman ‘bergasak’ di zon penyingkiran pada musim lepas telah berjaya mematangkan pasukannya untuk menghadapi musim 2020 dengan lebih baik.

Mengambil lilitan kapten itu daripada Hadin Azman yang telah membawa haluan baharu bersama Kedah, pemain yang lebih dikenali dengan panggilan Wak Kang itu percaya pemain-pemain import The Fighters seperti Khairul Amri, Nikola Raspopovic, Frederic Bulot, Ryutaro Megumi dan Nicolas Velez mampu membimbing barisan pemain muda dalam pasukannya itu.

“Ia satu tanggungjawab yang besar untuk mengetuai pasukan dan menjadi contoh ikutan sama ada di dalam dan di luar padang. Saya betul-betul berharap dapat membalas kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh pihak pengurusan.

“Saya telah pun mula dipilih menjadi kapten pada musim lepas apabila Hadin tidak beraksi. jadi saya telah belajar untuk lebih bertanggungjawab dan saya anggap pengalaman kami berjuang untuk mengelak dari tersingkir telah menambah kekuatan kami. Kami kini tahu bagaiamana mahu mengendalikan tekanan dengan lebih baik.

“Pemain-pemain import pasukan ini juga boleh menjadi contoh ikutan kepada pemain-pemain muda. Sudah tentu mereka boleh kongsikan pengalaman mereka kepada pemain muda dalam pasukan.”

Sekalipun Felda United bergelut dalam Liga Super musim lepas, mereka telah berjaya melangkah sehingga ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Untuk musim 2020, Jasazrin sejak awal lagi telah meletakkan sasaran yang lebih baik untuk pasukannya iaitu menduduki lima pasukan teratas dalam Liga Super dan membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala sama ada Piala Malaysia mahupun Piala FA.

Bercakap mengenai tempoh persediaan pra-musim yang agak panjang pada tahun ini, beliau secara peribadi mengakui lebih senang kerana setiap pasukan boleh memastikan semua pemain terutamanya pemain import dapat berada pada tahap kecergasan terbaik sebelum tirai Liga Malaysia dibuka.

“Musim ini kami dapat membuat persediaan pasukan dengan lebih baik. Pemain import kami nampak berada dalam keadaan terbaik sementara pemain tempatan pula bersungguh-sungguh untuk membuktikan keupayaan mereka.” katanya lagi.

Kredit Foto: Felda United FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN