‘Kurang RM19,500 Lagi, Kami Perlukan Sumbangan Anda …’

Sebuah kelab bola sepak komuniti yang beraksi di Liga M4 dalam liga kita, iaitu Real Chukai FC telah memohon bantuan daripada orang ramai.

Ini kerana mereka mahu menampung kos perjalanan pasukan mereka ke Kucing Sarawak, bagi menhadapi perlawanan pertama Piala FA.

Real Chukai diundi berhadapan Sarawak FA, dan perlawanan dijadualkan pada 23 Februari 2020 ini.

Menurut kenyataan rasmi kelab yang dimuat naik di Facebook mereka, pasukan mereka memerlukan RM19,500 lagi untuk menampung kos perjalanan mereka.

Jika mereka gagal mendapatkan dana tersebut, mungkin mereka akan terpaksa menarik diri.

Real Chukai dalam kenyataan mereka berkata:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasukan kami memerlukan bantuan seluruh rakyat Malaysia bagi menampung kos pasukan kami ke Kuching Sarawak untuk pusingan pertama Piala FA MALAYSIA 2020 menentang Sarawak FA pada 23 Feb 2020 ini.

Dalam masa yang amat singkat ini, sebanyak RM19,500 diperlukan bagi menampung kos pengangkutan (flight) dan penginapan pasukan di sana.

Kami amat berharap agar sedikit sumbangan daripada semua dapat membantu perjalanan dan urusan kelab ini.

Seandainya dana ini tidak dicapai sebelum tengahhari esok, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada Piala FA musim ini.

Sumbangan ikhlas tuan/puan boleh dihulurkan kepada:

KELAB BOLASEPAK REAL CHUKAI
5630 2861 2762
MAYBANK

TERIMA KASIH
GIVING FOOTBALL BACK TO SOCIETY

Kami di Semuanya BOLA berharap agar dipermudahkan segala urusan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN