Gol kemenangan JDT menentang Suwon Samsung Bluewings di pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL 2020) oleh Mauricio Dos Santos telah dinobatkan selaku gol terbaik mingguan Allianz ACL.
Jaringan oleh pemain pertahanan daripada Brazil itu adalah salah satu gol yang tercalon untuk anugerah tersebut selain gol yang dihasilkan oleh pemain Suwon, Terry Antonis dan Trent Buhagiar untuk Sydney FC.
Mauricio menjaringkan gol kemenangan JDT pada separuh masa kedua apabila beliau berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran cantik daripada Nazmi Faiz Mansor.
Gol oleh Mauricio itu turut memberikan kemenangan pertama skuad Harimau Selatan itu dalam saingan musim ini.
Congratulations to JDT defender Maurício dos Santos for winning the Allianz ACL Goal of the Week for the recent gameweek.
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 9, 2020
Maurício's goal against Suwon Samsung Bluewings on 3 March 2020 received the most votes on social media, beating two other nominees.
[1/2] pic.twitter.com/2EcedyKqKo
Kemenangan ke atas Suwon menghidupkan semula peluang skuad bimbingan Benjamin Mora itu untuk mara ke peringkat seterusnya selepas sebelum itu tewas kepada Vissel Kobe dengan keputusan 5-1 pada perlawanan pembukaan.
Menurut laman sesawang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), gol Mauricio dipilih selaku pemenang setelah memperolehi 93% daripada undian keseluruhan daripada peminat bola sepak dari seluruh Asia.
Gol jaringan lambung Antonis – juga dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim – pula memperolehi 5% daripada jumlah undi.
— #ACL (@TheAFCCL) March 3, 2020
WATCH |
@OfficialJohor 2-1 @bluewingsfc
JDT secure a historic victory in their new stadium to pick up their first points of #ACL2020 and leave Suwon bottom of Group G. pic.twitter.com/EgU0bpDyu1
Rakan senegara Antonis, Buhagiar pula hanya memperolehi 2% undi. Sebanak 7,423 undi telah dikumpulkan oleh AFC untuk menentukan pemenang gol terbaik pada minggu ini.
Selain daripada gol kemenangan ke atas Suwon, Mauricio juga adalah penjaring gol tunggal perlawanan CIMB Piala Sumbangsih diantara JDT dan Kedah pada hujung minggu lalu.
Tahniah kami ucapkan buat Maurico Dos Santos!