Janganlah Hukum Hamidin Hanya Kerana Malaysia Gagal Di Piala AFF 2020

ECP

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dilihat masih lagi seorang individu yang masih lagi tepat untuk menerajui kemajuan dalam bola sepak negara.

Begitulah pendapat yang diberikan oleh Anas Karimi yang merupakan Pengarah Eksekutif Kelantan United.

Menurut Anas, kredibiliti yang ditunjukkan oleh Hamidin terutamanya ketika bola sepak negara dilanda pandemik Covid-19 telah membuatkan individu tersebut cukup hebat untuk mempimpin FAM.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Anas mengatakan adalah tidak adil untuk menghukum Hamidin kerana satu kegagalan sahaja.

“Takkan kerana satu kegagalan kita mahu menghukum beliau?”

“Pada saya desakan itu tidak perlu kerana lihat kepada kejayaan beliau mencari penaja untuk Malaysian Football League dan Liga Malaysia.”

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Anas begitu memuji tindakan Hamidin ketika bola sepak negara dilanda pandemik Covid-19 selepas Presiden FAM itu berjaya menggerakan Liga Malaysia untuk tidak terus beraksi.

Ketika ini, terdapat banyak desakan ditujukan kepada Hamidin untuk menyuruh beliau meletakkan jawatan selepas kegagalan Harimau Malaya di Piala AFF 2020 baru-baru ini.

Malaysia menanggung malu yang amat besar di Singapura selepas mereka terkandas di peringkat kumpulan kejohanan tersebut dengan nasib mereka disahkan oleh Indonesia dalam perlawanan terakhir.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN