Pemain pertahanan Perak FC, Azhar Apandi enggan namanya terus dikaitkan dengan penerjun negara di Sukan Olimpik, Nur Dhabitah Sabri.
Azhar yang merupakan pemain Kuala Lumpur City FC dan dipinjamkan kepada pasukan Perak sejak awal musim ini berkata dia dan Dhabitah sudah lama berpisah dan tidak mahu orang ramai khususnya peminat terus mengaitkan dirinya dengan penerjun negara itu.
Baru-baru ini nama Azhar kembali menjadi sebutan di media sosial, selepas Dhabitah mendedahkan dirinya ‘single but not available’ dalam satu temuramah bersama sebuah stesen radio tempatan baru-baru ini.
"Saya cakap direct lah ye… single but not available."#ICYMI #AWANInews #AWANIpagihttps://t.co/NGmJ7m7fnQ
— Astro AWANI (@501Awani) August 3, 2021
“Ohhh… Ok lah, senang. Saya cakap ‘direct’ la yer. Single but not available,” jawab Dhabitah ketika menjawab soalan di konti radio tersebut sama ada beliau sudah berpunya atau tidak.
Menyedari dirinya dikaitkan oleh netizen dengan Dhabitah, Azhar kemudian berkata: “Awak-awak (peminat) semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), ‘so plss’ laa hormat saya dengan si dia okay.
“Harap korang semua faham okay. Love u guys,” katanya di laman story Instagram miliknya dengan tanda pagar #janganupbaranglame, #sembilu, #442 dan #cucuklagihasan.
Penampilan penerjun negara yang murah dengan senyuman itu di Sukan Olimpuk Tokyo sering mencuri perhatian peminat kerana menjadi salah seorang atlet yang boleh menjanjikan prospek pingat kepada pasukan negara.
Bagaimanapun atlet terjun kelahiran Kuala Lumpur itu terpaksa akur di kedudukan keempat daripada 12 peserta di pusingan akhir acara 3.o meter papan anjal, setelah memberikan tentangan sengit kepada penerjun Amerika Syarikat.