Persaingan Liga Premier Semakin Sengit, Terengganu II Mula Intai Kejuaraan

Terengganu Sarawak United Liga Premier

Ketua jurulatih Terengganu II, Badrul Afzan Razali enggan anak buah berasa selesa selepas berada di takhta Liga Premier ketika ini kerana percaya lawan akan terus memberi tentangan sengit bagi menggugat kedudukan mereka.

Terengganu II berjaya merampas kedudukan teratas selepas menewaskan Sarawak United dengan keputusan 1-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam yang juga merupakan kemenangan kelima berturut-turut.

Bagi Badrul, menentang Sarawak United merupakan perlawanan yang paling sukar dan perkara utama yang ditekankan kepada anak buahnya agar mereka berjuang berhabis-habisan untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik pasukan.

Dan ternyata, jaringan penalti daripada penyerang, Jordan Mintah pada minit ke-19 selain keutuhan benteng pertahanan tuan rumah menafikan hasrat Sarawak United untuk mencari gol penyamaan.

“Saya bersyukur atas kemenangan berharga ini walaupun kita akui pemain-pemain saya bermain dengan bermati-matian untuk mendapatkan tiga mata.

“Bukan mudah nak lawan Sarawak United dan bertemu mereka paling sukar, jadi saya ingatkan kepada pemain bahawa mereka perlu anggap perlawanan ini seperti final, jadi kena menang.

“Dan semua berpuas hati dengan kemenangan ini, cuma kita kehilangan Jordan yang cedera, tangan dia ada terkehel , jadi kena tunggu dulu macam mana keadaannya nanti.

“Tetapi, sekarang ini kita kena sedar apabila berada di atas, mana-mana pasukan akan cuba tewaskan kita, jadi kena sentiasa waspada dan tidak boleh selesa”, katanya.

Dalam pada itu, pengendali Sarawak United, E. Elavarasan menyifatkan peluang masih ada untuk kembali mengejar takhta liga dengan baki perlawanan yang masih ada.

Apa yang penting, pasukan perlu mencari semula kemenangan yang berharga bagi memperbaiki kedudukan agar tidak terus tercicir mata.

“Apabila Terengganu mendapat gol pada babak pertama, kita cuba menyamakan kedudukan, tetapi serangan kita tak menjadi.

“Malah, pertahanan mereka juga kuat dan kami cuba untuk mencari gol tetapi tidak berhasil, jadi kita akan perbaiki kesilapan ini untuk aksi-aksi akan datang”, katanya.

Terengganu kini di puncak liga dengan 28 mata dan menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas selepas 14 perlawanan. Sarawak United pula ketinggalan empat mata, tetapi mempunyai dua perlawanan di dalam tangan – MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN