“Jangan Jaga Tepi Kain Orang” – Respon LTK Selepas Disoal Netizen Kenapa Masih Menganggur

Lim Teong Kim

Kelibat Lim Teong Kim nampaknya sekali lagi menjadi perhatian selepas beliau melontarkan kritikan pedasnya mengenai kegagalan Malaysia di pentas Piala AFF B-23 di Kemboja baru-baru ini.

Selepas Indonesia dan Myanmar menarik diri akibat serangan Covid-19, skuad Harimau Muda sepatutnya tidak berdepan masalah untuk mengatasi ‘pasukan kerdil’ seperti Laos untuk menempah slot ke peringkat separuh akhir.

Malangnya skuad negara tewas 1-2 pada aksi pertama pada Jumaat sebelum diaibkan dengan kekalahan 2-0 pada perlawanan kedua, sekaligus mengundang kecaman penyokong bola sepak tanah air yang melihat aksi longlai skuad kendalian Brad Maloney itu.

Lantas Teong Kim yang pernah mengetuai Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia (NFDP) menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gagal memainkan peranan yang sepatutnya selaku badan induk bola sepak di negara ini.

‘Bangkai Gajah Tak Boleh Ditutup Dengan Sebiji Bola’ – Apa Pula Alasan FAM Di Atas Kegagalan Skuad B-23?

Beliau yang pernah menjadi jurulatih skuad remaja Bayern Munich menegaskan sistem pembangunan akar umbi yang tidak teratur dan ketiadaan platform untuk pemain muda berkembang menjadi salah punca utama kegagalan.

“Pemain-pemain yang bermain lawan Laos tidak boleh disalahkan kerana proses pembangunan FAM tiada sistem. FAM perlu mempunyai kualiti kepimpinan, bukan seoarang badut,” ujar Teong Kim.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab persoalan mengenai pendedahan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai permintaan gaji tinggi yang diminta olehnya untuk bekerja bersama pasukan pembangunan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Jika tak mahu ambil saya tidak mengapa, saya faham ini adalah profesional dan perniagaan. Jika anda tahu apa profesionalisme, apabila saya bercakap dengan anda untuk tujuan kerja, ia tidak sepatutnya keluar di media dan umum,” katanya.

“Kerana tiada siapa boleh tahu kecuali saya dan anda. Ini adalah profesionalisme, bukannya amatur.”

Namun dalam satu tangkap layar yang disiarkan oleh No Context Bola Malaysia, terdapat soalan ‘nakal’ yang dilontarkan oleh seorang netizen mengenai kariernya selaku jurulatih profesional.

“@lim_teong_kim saya ada terbaca orang pertikai, awak asyik ulang dapat buat pemain taraf piala dunia, tapi kenapa sekarang awak masih menganggur? Dengan pencapaian awak cakap tu, kenapa tak ada kelab Eropah yang ambil awak bekerja? Saya tolong tanya je,” tanya netizen itu.

Namun soalan tersebut terus dijawab oleh Teong Kim dengan berpesan supaya ‘tidak menjaga tepi kain orang’.

“Saya menganggur atau tidak, itu bukan masalah kamu. Pastikan kami ada kerja dan tiap-tiap bulan ada gaji. Jangan jaga tepi kain orang. Jangan pula kamu tak ada pendapatan, susah nanti bagi kamu. Saya tidak payah kerja pun tidak mengapa,” balasnya.

Jawapan Teong Kim itu mungkin logik berdasarkan pendapatan mewahnya untuk tempoh beberapa tahun sebelum ini.

Ketika bertugas sekali Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), beliau menerima RM175,000 sebulan dengan pengecualian cukai yang dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN