“Jangan Ganggu Kerja Saya” -Bojan Hodak Letak Syarat Jika Mahu Beliau Kendali Malaysia

Bojan Hodak

Pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak menegaskan syarat utama beliau adalah untuk bebas dari diganggu sesiapa jika khidmatnya mahu digunakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membimbing Harimau Malaya.

“Satu-satunya syarat saya ialah saya bebas untuk melakukannya dengan cara saya”,tegas Hodak ketika ditanya mengenai kerusi panas tersebut.

Jelas beliau, sehingga kini belum ada apa-apa tawaran rasmi yang dikeluarkan serta sebarang perbincangan formal dibuat dan Hodak bakal kembali ke Malaysia minggu depan selepas menghabiskan cutinya di Croatia.

“Setakat ini cara saya melatih menunjukkan hasil dalam setiap pasukan tempat yang saya bekerja setakat ini,” katanya yang berjaya menghadiahkan Piala Malaysia buat KL City, November lalu.

Melalui kata-kata tersebut, jelas Hodak enggan ada campur tangan pihak luar yang ingin menganggu sebarang kerja yang dibuat oleh beliau sendiri dalam membentuk  pasukan yang mantap.

Ulas beliau, biarpun keutamaannya kini bersama KL City bagi menghadapi musim 2022 yang dilihat lebih mencabar, Hodak masih percaya masa depan bola sepak negara boleh diselamatkan jika kena pada cara yang betul.

“Di mana sahaja saya bekerja setakat ini, saya mencapai sasaran dan mencapainya, jadi saya fikir saya boleh melakukannya dengan pasukan kebangsaan juga,” katanya.

Untuk rekod Hodak sepanjang berada di Malaysia, beliau sudah mengecapi kesemua kejuaraan Liga Malaysia termasuk Liga Super (2012 & 2014), Piala FA (2012 & 2013), Piala Malaysia (2012 & 2021), dan juga menjuarai Piala AFF dengan skuad B-19 pada 2018.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN