Legenda Liverpool, Jamie Carragher percaya yang Arsenal tidak akan mampu untuk menjuarai saingan Premier League musim ini selepas melihat The Gunners hanya mampu mencatatkan kemenangan 1-0 sahaja bertemu Brentford kemarin.
Arsenal berjaya memperoleh gol kemenangan mereka pada minit-minit akhir permainan menerusi pemain midfield mereka, Kai Havertz.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu dikatakan tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan tersebut.
Is it a deliberate ploy by Arteta to make #Arsenal more pragmatic & less eye catching?
Or does he need from his attacking players 🤷♂️Thoughts please Gooners!
— Jamie Carragher (@Carra23) November 28, 2023
Walau sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, namun Arsenal masih mampu untuk memimpin carta saingan Premier League pada masa ini.
Melihat Arsenal sedang mendahului carta saingan Premier League Carragher tampil memberi pendapat beliau tentang harapan The Gunners untuk bergelar juara musim ini.
Bercakap kepada Monday Night Football, Carragher mendedahkan bahawa:
“Jika Arsenal teruskan cara bagaimana mereka sekarang, jika ini skuad Arsenal yang kita akan lihat musim ini, saya tak rasa mereka boleh menang liga.”
“Terlalu banyak perlawanan yang akan bagi masalah dan kadang kala perlawanan itu tidak akan memihak kepada kamu. Kamu fikir kesilapan (Aaron) Ramsdale, kesempatan emas yang Brentford ada pada aksi babak kedua.”
“Itu adalah perlawanan yang kamu dengan mudahnya boleh kalah 1-0.”
Ketika perlawanan tersebut, Arsenal sebenarnya hampir saja ketinggalan 1-0 pada aksi babak pertama selepas penjaga gol mereka Aaron Ramsdale melakukan kesilapan.
"This is exactly where we want to be…." 🗣️
Mikel Arteta has responded after Jamie Carragher criticised Arsenal's performances at the start of the season…https://t.co/ZdgqDfPaSi pic.twitter.com/MSmuv0OQ67
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 28, 2023
Pemain kebangsaan England itu diturunkan untuk menggantikan David Raya dan beliau dalam perlawanan itu hampir sahaja menghadiahkan gol percuma kepada pasukan lawan.
Carragher juga percaya yang beberapa bintang utama dalam skuad Arsenal seperti Bukayo Saka dan ketua pasukan, Martin Odegaard sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.
“Alasan kenapa saya tak rasa mereka sedang baik-baik sahaja kerana saya rasa secara individu, pemain penyerang mereka tidak berada di tahap terbaik yang mana mereka benar-benar menakjubkan pada musim lalu.”
“Untuk pemain seperti (Gabriel) Martinelli, (Bukayo) Saka, (Gabriel) Jesus, (Martin) Odegaard sangat cemerlang musim lalu setanding dengan Kevin de Bruyne.”
Arsenal pada ketika ini sedang berada di puncak saingan Premier League selepas berjaya memintas Manchester City yang sekadar mencatatkan keputusan seri bertemu Liverpool kemarin.
Walau bagaimanapun, memandangkan Gunners hanya memiliki kelebihan satu mata sahaja berbanding Manchester City, maka peminat masih belum meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada skuad kendalian Mikel Arteta itu.
🗣️ Bukayo Saka has conceded Arsenal aren't at their best just yet as Jamie Carragher quashes title talk…https://t.co/uUPTaqMg9n pic.twitter.com/tuzgEvG2Fr
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 28, 2023
Pemain yang Carragher anggap sedang tidak berada di tahap persembahan terbaiknya, Bukayo Saka pula pada musim ini sudah berjaya mencatatkan sembilan assists dan menjaringkan enam gol dari 18 perlawanan.
Ia bukanlah satu rekod yang baik untuk Saka memandangkan beliau pernah melakukan yang jauh lebih baik dari itu pada musim sebelum ini.
Peminat sememangnya berharap agar Bukayo Saka akan mampu untuk mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya dalam usaha membantu Arsenal untuk terus mendahului carta saingan liga.
Musim lalu, walau sudah agak jauh mengatasi Manchester City, Arsenal gagal untuk menjuarai saingan Premier League kerana mereka kerap keciciran mata pada hujung-hujung saingan Liga.
Musim ini, mereka masih menunjukkan saingan sengit kepada Manchester City untuk merampas gelaran liga yang sepatutnya menjadi milik mereka pada musim lalu.
Selepas mencatatkan kemenangan tipis bertemu Brentford, Arsenal selepas ini bakal mempersiapkan diri mereka untuk aksi bertemu Lens di Emirates Stadium dalam saingan Champions League.
"If this is the Arsenal we are going to see this season I don't think that can win the league" @Carra23 on whether Arsenal are better equipped for a title challenge this season 👀🏆 pic.twitter.com/QXmcUQq2aO
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 27, 2023
The Gunner pada ketika ini sedang mendahului carta kumpulan B, empat mata mengatasi PSV Eindhoven dan Lens yang kini berada di kedudukan kedua dan ketiga.
Arsenal hanya memerlukan satu mata sahaja untuk aksi selepas ini, dalam usaha mereka untuk layak ke pusingan kalah mati saingan Champions League musim ini.
Selepas tamat aksi di pentas Eropah, The Gunners bakal kembali meneruskan aksi dalam saingan Premier League bertemu Wolves juga di halaman mereka sendiri pada hujung minggu nanti.