Jamie Carragher: Mo Salah Kini Adalah Seorang Yang Tamak Dan Pentingkan Diri Sendiri

Salah

Prestasi Mohamed Salah sejak belakangan ini jelas tidak memuaskan. Legenda Liverpool, Jamie Carragher antara individu yang tampil memberikan kritikan terhadapnya.

Bagi Carragher, beliau mempunyai alasan peribadi mengenai punca kemerosotan prestasi bintang The Reds itu.

Statistik yang dikeluarkan Whoscored menunjukkan Mo Salah hanya berjaya mencetak 1 gol dan membuat 1 hantaran gol dari 10 perlawanan terakhir di semua saingan.

Perkara ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong The Reds, khususnya bagi peminat beliau yang meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk membantu pasukan menjayakan misi mengakhiri kemarau 29 tahun kelab itu menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sikap Salah

Carragher lantang menyuarakan kritikan pedas keatas Salah menyifatkan pemain itu pada ketika ini adalah seorang yang mementingkan diri dan tamak.

“Dia (Salah) telah menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri dan tamak, tidak perlu diragukan lagi.”

LONDON, ENGLAND – MARCH 17: Calum Chambers of Fulham in action with Mohamed Salah of Liverpool during the Premier League match between Fulham FC and Liverpool FC at Craven Cottage on March 17, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

“Rekodnya untuk Liverpool di Premier League luar biasa – mencetak dan membuat gol. Tiada siapa yang mampu seperti itu dalam menghasilkan gol lebih banyak pada musim ini.”

“Dia selalu menjadi ancaman. Tetapi pada dua tiga kali kesempatan, dia harus sedar, mengangkat kepala dan melihat sekitarnya,” kata Carragher.

Puji Mane

Namun berbeza dengan Sadio Mane. Carragher memberikan pujian keatas.

Prestasi Mane kini nampak lebih cemerlang. Dari lima perlawanan, pemain kelahiran Senegal ini sudah berjaya mencetakkan tujuh gol dan dua kali telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

LONDON, ENGLAND – MARCH 17: Sadio Mane of Liverpool battles for possession with Calum Chambers of Fulham during the Premier League match between Fulham FC and Liverpool FC at Craven Cottage on March 17, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Carragher memuji penampilan Mane dengan menyebut kualiti yang dimiliki Sadio Mane tidak lagi setaraf di peringkat Liga Inggeris, sebaliknya sudah setaraf peringkat Eropah.

“Dia tidak lagi wujud sebagai pemain Premier League, sebaliknya sebagai pemain Eropah. Saya selalu mengatakan perkara ini sejak perlawanan bermula: Terdapat terlalu banyak ruang di bahagian sayap dan Liverpool terus mengeksploitasikan ruang itu.”

“Terdapat ruang bagi Mane untuk menyerang melalui sayap belakang, ruang untuk [Andy] Robertson. Gerakan dan hantaran baik dari [Roberto] Firmino dan gabungan tiga penyerang depan adalah luar biasa,” jelas Carragher.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN