Jamie Carragher: Manchester City Masih Pilihan Utama Juarai EPL Musim Ini

Manchester City

Bekas pertahanan kental Liverpool, Jamie Carragher masih melihat juara bertahan, Manchester City sebagai pilihan utama untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berbanding bekas kelabnya itu.

Musim lalu, Liverpool memberikan tekanan hebat hingga ke perlawanan terakhir bagi merebut kejuaraan musim 2018/19 tetapi Manchester City mengesahkan kejuaraan selepas menundukkan Brighton 4-1 di gelanggang lawan.

Pada ketika ini, kedua-dua pasukan memberikan gambaran jelas persaingan itu bakal berterusan pada musim ini setelah Liverpool unggul masih mengekalkan rekod 100% kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan.

Sementara itu, The Cityzens pula mengekori rapat di tangga kedua dengan tiga kemenangan dan satu keputusan seri menentang Tottenham Hotspur.

Liverpool’s Jamie Carragher tackles Newcastle United’s Michael Owen (right) (Photo by Owen Humphreys – PA Images/PA Images via Getty Images)

”Saya merasakan ia masih terlalu awal [permulaan cemerlang Liverpool]. Saya fikir kita mungkin perlu menunggu sehingga Krismas nanti.”

”Saya merasakan sewaktu Krismas nanti Liverpool dan City akan mempunyai jurang mata yang besar dan ketika ini jurangnya kecil.”

”Tetapi saya masih menganggap [Manchester] City merupakan pasukan pilihan dan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini kerana mereka memenangi gelaran tersebut dan membuktikannya pada musim lalu.”

Saingan liga yang kembali bersambung selepas rehat antarabangsa menyaksikan Liverpool akan bertemu Newcastle United pada Sabtu ini di Anfield manakala Manchester City pula akan berkunjung ke Carrow Road untuk berdepan Norwich City.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN