Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher melabelkan aksi pertahanan The Reds sebagai teruk dalam kekalahan mereka terhadap Real Madrid.
Persembahan mengecewakan di bahagian pertahanan telah memadamkan segala kerja-kerja cemerlang barisan serangan yang berjaya meletakkan Liverpool selesa ketika menentang Real Madrid.
Bercakap sebagai penganalisis aksi UEFA Champions League (UCL) di CBS Sports, Carragher berkata eloklah tempat sebagai pertahanan tengah yang dimiliki oleh Virgil van Dijk diberikan kepadanya yang sudah lama bersara.
“Ianya mengarut, amatlah mengarut daripada Liverpool ketika dua perlawanan terakhir [menentang Everton dan Newcastle United].
“Bermain menentang Everton, mereka mempamerkan aksi yang cukup teruk dengan tidak mengancam apa-apa. Lawan Newcastle pula, mereka lebih banyak mencipta peluang walaupun beraksi dengan 10 pemain. Jika mereka beraksi dengan 11 pemain, keputusan 2-0 itu akan menjadi 2-2,” ujar Carragher.
Tambah Carragher lagi, aksi pertahan Liverpool pada musim ini amatlah teruk dan sukar untuk dikatakan lagi.
“Mereka ada rekod bertahan yang cemerlang pada musim lalu tetapi barisan tengah kini tidak lagi bertenaga. Begitu juga dengan penyerang yang tidak mempunyai keserasian dalam melakukan tekanan.
“Sebagai penyokong, kami amat mendambakan jurulatih dan pasukan ini kerana mereka memberikan banyak perkara yang menarik. Tetapi kini, Liverpool berada ditangga kelapan liga, baru saja dibelasah oleh Real Madrid.
“Saya tahu mereka adalah Real Madrid tetapi kedua-dua pasukan ini adalah finalis untuk UCL pada musim lalu. Ianya tidak boleh diterima.
“Apa yang buatkan saya ketawa adalah beberapa bulan lepas Virgil van Dijk kata saya tak mampu nak tembus masuk barisan pertahanan skuad sekarang. Tapi sekarang saya nak ambil tempatnya,” kata Carragher.
Liverpool mendahului Real dengan dua gol hasil sumbangan Darwin Nunez dan Mohamed Salah namun kemudiannya mereka bolos lima gol.
Tugas berat menanti mereka untuk aksi kedua di Madrid kelak.