Peminat Tuntut Jurgen Klopp Kotakan Janji Jika Tidak Mereka Mahu Ganti Rugi

Para peminat menuntut agar pengurus Liverpool, Jurgen Klopp supaya mengotakan janji beliau untuk bawa The Reds ke aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim ini.

Liverpool hari ini turun beraksi bertemu Real Madrid dalam aksi pusingan 16 terbaik saingan Champions League di Anfield.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu terpaksa akur tewas 5-2 di tangan Real Madrid walau mereka sebenarnya terlebih dahulu mendahului gergasi La Liga itu dengan kelebihan 2 jaringan.

Real Madrid melakukan comeback yang sangat dahsyat dalam perlawanan ini dengan mereka bangkit dari ketinggalan 2-0 dan mencatatkan kemenangan 5-2.

Seperti semua sedia maklum, Liverpool jelas sekali sangat berbeza ketika mereka beraksi di halaman sendiri dan aura Anfield senantiasa menggerunkan pasukan lawan.

Namun Los Blancos sepertinya tiada masalah tentang hal tersebut dan mereka sepertinya terlalu handal untuk dihadapi oleh Liverpool.

Kekalahan 5-2 menyebabkan Liverpool perlu menang besar di Santiago Bernabeu pada 16 Mac nanti dalam usaha mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.

Menang saja sudah susah apa lagi anak-anak buah Jurgen Klopp itu perlu setidak-tidaknya menang dengan keputusan 4-0 untuk layak ke peringkat suku akhir.

Hal ini menyebabkan para peminat menuntut Jurgen Klopp supaya mengotakan janji yang beliau buat selepas tamat aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim lalu.

Liverpool pada musim lalu layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League bertemu Real Madrid dengan gergasi Premier League itu terpaksa akur tewas 1-0 dalam perlawanan tersebut.

Walau dilihat sangat berpotensi untuk muncul juara pada musim lalu, namun kehebatan Real Madrid gagal untuk ditandingi oleh kelab dari Merseyside itu.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Jurgen Klopp dengan yakinnya telah membuat satu janji istimewa kepada penyokong, dengan pengurus dari Jerman itu menyatakan bahawa:

“Saya ada perasaan yang kuat bahawa kami akan layak sekali lagi, Para pemain sangat kompetetif dan mereka juga kumpulan yang sungguh luar biasa, mereka akan terus seperti itu pada musim hadapan.”

Jelas Jurgen Klopp.

“Di mana seterusnya? Istanbul? Sila tempah hotel.”

Kata-kata Jurgen Klopp itu jelas sekali menunjukkan yang beliau sangat yakin skuadnya akan sekali lagi layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Para peminat yang percaya dengan kata-kata beliau juga segera menempah tiket pesawat dan hotel untuk aksi perlawanan akhir saingan Champions Laegue musim ini sejak dari tahun lalu lagi.

Namun begitu, memandangkan Liverpool sudah teruk dibelasah oleh Real Madrid awal pagi tadi, sepertinya harapan penyokong The Reds mahu melihat pasukan mereka layak ke perlawanan akhir semakin kelam.

Dek kerana itulah ada antara mereka yang mula meluahkan kekecewaan terhadap janji-janji manis Klopp itu dan mendesak agar mereka dapat ganti rugi andai Liverpool tersingkir di pusingan 16 terbaik ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN