James Rodriguez sertai Bayern Munich secara pinjaman selama 2 tahun dengan opsyen untuk pembelian tetap.
Pemain berusia 25 tahun itu dahulu menandatangani kontrak enam tahun di Real pada 2014 dari AS Monaco. Ketika itu, Real membayar £71 juta untuk pemain ini. Namun James hanya bermain 22 perlawanan La Liga musim lalu.
James menjadi sasaran kepada 2 kelab Inggeris iaitu Chelsea dan Manchester United. Namun tidak disangka-sangka, Bayern Munich juga berminat.
Carlo Ancelotti gembira dengan perjanjian ini. Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berkata:
“Kejayaan untuk mendapatkan James Rodríguez adalah harapan daripada jurulatih kami Carlo Ancelotti. Kami gembira kami dapat menyelesaikan perpindahan ini.”
Kapten Colombia, James Rodriguez merupakan pencetak gol terbanyak pada Piala Dunia 2014, ditandatangani oleh Ancelotti ketika beliau di Real Madrid.
Perancang tengah itu gagal untuk memikat hati Zinedine Zidane. Beliau telah membuat 111 penampilan yang kompetitif untuk Real, menjaringkan 36 gol dan memberikan 41 bantuan gol.
Lebih malang, nama James Rodriguez disisihkan daripada senarai 18 pemain dalam final UCL menentang Juventus musim lalu.
Rummenigge tidak meragui kualiti James Rodriguez yang disifatkan beliau akan membantu meningkatkan kekuatan Bayern Munich.
James David Rodríguez Rubio – welcome to #FCBayern! 🔴⚪️ #MiaSanMia pic.twitter.com/LG915ubg8j
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) July 11, 2017
Rodriguez turut dimasukkan ke dalam skuad yang akan pergi ke China dan Singapura pada Ahad ini sempena jelajah pra-musim Bayern Munich.
Penganalisis menganggap transaksi James Rodriguez ini adalah alternatif kepada Alexis Sanchez.
Sebelum ini Bayern Munich mengakui berminat mendapatkan Sanchez tetapi tidak mahu membayar amaun harga yang terlalu tinggi untuk pemain tersebut.
Carlo Ancelotti menegaskan, mereka bukan kelab ‘gila’ yang melayan tuntutan harga ‘gila’ untuk seorang pemain. Ini juga memberikan gambaran bahawa, Bayern Munich sudah menamatkan minat untuk Alexis Sanchez.