Kerajaan Sepanyol Buka Kertas Siasatan, Mahu Siasat James Rodriguez Berkaitan Isu Cukai

Nampaknya, perkara ini masih lagi belum tamat.

Pihak berkuasa Sepanyol dikatakan mahu melakukan siasatan terhadap pemain Real Madrid iaitu James Rodriguez.

Siasatan itu ingin dilakukan kerana mereka meragui mengenai isu yang melibatkan hak imej pemain tersebut.

Sebelum ini, pemain Cristiano Ronaldo dan juga bekas pengurus Real Madrid iaitu Jose Mourinho juga mengalami nasib yang sama.

Kedua-duanya disiasat oleh pihak kerajaan Sepanyol mengenai isu cukai.

Menurut sumber di Sepanyol, kertas siasatan telah pun dibuka oleh pihak berkuasa berkaitan cukai terhadap James untuk membolehkan mereka menyiasat pemain tersebut mengenai isu cukai.

James yang tiba ke Real Madrid sejak 3 musim yang lalu sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana kesalahan dengan pihak berkuasa Sepanyol.

Cuma ketika ini sahaja beliau mula dikaitkan dengan isu masalah cukai bersama-sama Ronaldo dan Mourinho.

Sebelum ini, para pemain Barcelona seperti Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez dikaitkan dengan isu ini.

Sumber: 

  1. Mundo Deportivo (2017): Treasury also inspects James Rodriguez; http://www.mundodeportivo.com/futbol/real-madrid/20170621/423558326104/james-rodriguez-hacienda-real-madrid.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN