Jamal Musiala yang menjadi penjaring gol termuda Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah ketika menumpaskan Lazio 4-1 tempoh hari masih menjadi rebutan dua kuasa besar bola sepak dunia iaitu England dan Jerman.
Penyerang berusia 17 tahun itu dilahirkan di Stuttgart, Jerman oleh pasangan isteri berwarganegara Jerman dan suami yang berbangsa British-Nigeria, namun beliau telah berhijrah ke England bersama keluarganya ketika berusia tujuh tahun pada 2010.
Musiala telah menyertai akademi Southampton selama empat bulan sebelum bakatnya dikesan oleh skuad pemantau bakat Chelsea dan menyaksikan perkembangannya amat pesat di akademi kelab London tersebut.
Sejak dari itu beliau telah dipanggi beraksi untuk skuad England bawah 15 tahun (B-15), B-16, B-17 dan B-21 dan juga pernah menyertai skuad Jerman b-16 sebelum ‘disunting’ oleh Bayern Munich pada 2019 yang membawanya kembali ke negara kelahirannya.
https://t.co/y406HnWD9A News Jamal Musiala: England Under-21 midfielder 'wanted by Germany boss Joachim Low' https://t.co/xDyNqkDsOR pic.twitter.com/ttjUvFF0s3
— Andy Nelson (@Bet1015com) February 4, 2021
Apa pencapaiannya?
Beliau telah membuat debutnya bersama skuad utama pada 20 Jun 2020 ketika berusia 17 tahun 115 hari dalam perlawanan menentang Freiburg untuk menjadikannya sebagai pemain Bayern paling muda beraksi di Bundesliga.
Pada 18 September 2020, Musiala sekali lagi mencipta rekod menjadi penjaring gol termuda The Bavarians ketika menjaringkan gol kelapan sewaktu pasukannya membelasah Schalke 8-0, mengatasi rekod milik Roque Santa Cruz (18 tahun 12 hari).
Seterusnya beliau membuat penampilan pertama di peringkat Eropah pada 3 November 2020 dengan masuk menggantikan Thomas Muller ketika Bayern menang 6-2 ke atas Red Bull Salzburg dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Rekod seterusnya adalah jaringannya ke atas Lazio pada tempoh hari yang merupakan UCL pertamanya dan menjadikan beliau penjaring gol termuda sama ada sebagai warganegara Jerman mahupun England.
Jamal Musiala is the youngest English player in Champions League history to score a goal in the #UCL 🏴
Future ⭐️?
Listen to reaction from tonight's games on the @BBCSounds app 👇
📲 https://t.co/5Du5Yilmm1#bbcfootball #ATMCHE #LAZFCB #FCB #England pic.twitter.com/VBCZ36cZk3— BBC 5 Live Sport (@5liveSport) February 23, 2021
England atau Jerman?
Dalam temubualnya bersama The Athletic, beliau akhirnya mendedahkan pendiriannya untuk mewakili Jerman di peringkat antarabangsa selepas berjumpa dan berbincang sendiri dengan ketua jurulatih Joachim Low.
“Saya telah berfikir kerap kali mengenai soalan ini. Apa yang terbaik untuk masa depan saya? Di mana saya ada peluang lebih baik untuk bermain?” ujarnya.
“England sudah diibaratkan seperti ‘rumah’ buat saya. Sukar untuk mencari perkataan untuk menggambarkan betapa besarnya makna England kerana saya mempunyai banyak kenangan di sana. Jantung saya ada Jerman dan ada England, kedua-dua masih berdegup dalam diri saya ini.”
England biggest prospect Jamal Musiala has chose to represent GERMANY at the senior level stating “Germany is where is was born&where is play now but England still holds a special place in my heart” he was a Chelsea player in 2019 but since moving to Bayern has really shone pic.twitter.com/7itHLTAQCO
— virtual scout (@virtualscout_) February 24, 2021
“Pada akhirnya, saya percaya dengan naluri yang telah sekian lama mengatakan keputusan yang bertul adalah bermain dengan Jerman, tanah yang menjadi tempat saya dilahirkan. Namun, ia tetap bukan keputusan yang mudah untuk saya.”
Bayern Munich sememangnya ‘kilang’ yang telah membekalkan ratusan pemain berbakat untuk skuad Die Mannschaft sejak sekian lama.
Rakan sepasukannya seperti Serge Gnabry, Leroy Sane, Joshua Kimmich, Niklas Sule dan Manuel Neuer pastinya sudah ‘menghasut’ Musiala untuk memilih beraksi bersama mereka di peringkat antarabangsa.
Tempat sudah terjamin
Musiala akan menandatangani kontrak profesioanal pertamanya pada Jumaat ini bersama kelab gergasi Jerman berkenaan sebaik sahaja usianya mencecah 18 tahun.
Low juga telah mengesahkan kemungkinan besar beliau akan memanggil bintang muda tersebut menyertai skuad kebangsaan untuk tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia pada bulan depan.
Decisão tomada? De acordo com o jornal inglês Daily Mail, o jovem Jamal #Musiala irá aceitar um convite da seleção alemã, caso seja chamado pelo técnico Joachim #Low para representar a Nationalelf nos jogos de março.
Foto: SPORTBUZZER pic.twitter.com/EwAN3L6o7k
— Chucrute FC (@chucrutefc) February 23, 2021
“Saya gembira Jamal Musiala telah memutuskan untuk memilih Jerman. Saya lihat potensi yang besar padanya,” ujar jurulatih berusia 61 tahun itu.
“Oliver Buerhoff [pengarah skuad kebangsaan] dan saya telah berjumpa dan berbincang dengannya. Saya rasa mungkin kami akan memanggilnya pada Mac ini, kerana kami akan ada skuad lebih besar daripada biasa kerana perlu menghadapi tiga perlawanan dalam tempoh yang agak pendek.”
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jerman:
Benarkah Skuad Jerman Juara Piala Dunia 2014 Terkena ‘Sumpahan’? [Bahagian 1]
Benarkah Skuad Jerman Juara Piala Dunia 2014 Terkena ‘Sumpahan’? [Bahagian 2]
Benarkah Skuad Jerman Juara Piala Dunia 2014 Terkena ‘Sumpahan’? [Bahagian Akhir]