Jakarta International Stadium Telah Dirasmikan Dengan Solat Sunat Aidilfitri Mega

Jakarta International Stadium Solat Aidilfitri 2022

Stadium bertaraf antarabangsa di Indonesia, Jakarta International Stadium secara rasmi dibuka, tetapi bukan untuk perlawanan bola sepak, sebaliknya untuk solat sunat Aidilfitri mega yang telah berlangsung semalam.

Stadium yang dijangka akan digunakan oleh Persija Jakarta itu sejak awal telah dirancang akan digunakan untuk solat sunat Aidilfitri oleh pentadbiran bandar Jakarta selain festival bertakbir pada malam raya.

Ia akhirnya direalisasikan dan berakhir selepas solat sunat Aidilfitri pagi semalam. Begitupun, solat sunat itu diadakan di perkarangan stadium yang dikatakan mampu memuatkan lebih 20,000 jemaah pada satu masa.

Stadium yang dianggarkan telah memakan belanja pembinaan bernilai $312 juta (RM1.3 bilion) itu mampu menampung jumlah kehadiran sebanyak 82,000 penonton di dalam stadium dan merupakan yang terbesar di Indonesia selepas Stadium Gelora Bung Karno – yang mampu menampung lebih kurang 77,000 penonton.

Sejak dirancang pembinaannya, pentadbiran bandar Jakarta menghadapi masalah tentangan oleh penduduk di perumahan setinggan yang berada di kawasan pembinaannya yang akhirnya berjaya diselesaikan pada 2019. Projek ini akhirnya boleh dijalankan bermula pada Mac 2019 selepas perumahan setinggan telah dirobohkan.

Sembilan tahun selepas dirancang, baru boleh buat proses pecah tanah! Namun, jika diselusuri sejarahnya, sebenarnya perancangan pembinaan stadium ini telah bermula sejak 2009 – iaitu lebih sedekad yang lalu.

Pihak pentadbiran bandar Jakarta telah menetapkan beberapa peraturan dan prosedur standard operasi (SOP) untuk umat Islam yang menghadirkan diri bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini sepanjang program.

Ini kerana, pandemik COVID-19 masih berada dalam komuniti dunia dan mereka juga tidak mahu unsur negatif seperti perbalahan, vandalism serta sebagainya agar ia tidak mengganggu kelancaran program tersebut.

Malah, pengangkutan juga disediakan daripada tiga lokasi umum selain mereka turut bekerjasama dengan syarikat pengangkutan swasta iaitu Bluebird Group, Gojek dan Grab dengan pemberian diskaun tambang.

Dapat disaksikan program tersebut berjalan lancar dan pihak pengurusan stadium turut melontarkan ucapan tahniah kepada para jemaah yang hadir atas disiplin yang tinggi bagi melancarkan program yang dirancang.

“Solat Aidilfitri di Jakarta International Stadium pagi ini [semalam] dihadiri 23 ribu jemaah. Berlokasi di sepanjang tanjakan Barat, ruang legar Barat dan sebahagian di Utara serta Selatan. Yang menarik adalah berkaitan perilaku tertib disiplin kepada semua yang hadir.”

Instagram Jakarta International Stadium

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN